nuffnang

c

3D Letter B

Followers

Tuesday 13 November 2012

Tidak yakin akibat pelat sebutan R, S

SALAM Dang Setia. Saya pelajar institusi pengajian tinggi yang bakal menyambung pengajian di luar negara tidak lama lagi.

Namun, saya mempunyai konflik yang berpunca daripada diri sendiri membuatkan saya hilang keyakinan terhadap keupayaan sendiri.

Sudah lama ia membelenggu diri saya sehingga saya berasa tertekan dan trauma berhadapan dengan orang ramai. Saya berasa sangat malu berikutan saya mempunyai masalah pertuturan membabitkan sebutan R dan S.

Saya pernah tidak tidur semalaman disebabkan hari berikutnya ada pembentangan kertas laporan. Saya malu apabila memikirkan kemungkinan mereka akan menjadikan saya bahan jenaka.

Malah saya cemburu apabila melihat rakan lain yang tidak menghadapi masalah seperti saya. Kadangkala saya menangis seorang diri kerana berputus asa memikirkan masa depan saya yang mungkin terjejas dengan kelemahan saya ini.

Bagaimanakah cara saya memperbaiki diri saya yang ingin sempurna seperti orang lain.

Ez
Kuala Lumpur



Kata-kata perangsang iaitu ‘penghalang kepada kejayaan adalah fikiran sendiri, bukannya kecacatan atau kekurangan’ sesuai dijadikan panduan oleh saudari yang nyata hilang keyakinan akibat masalah pertuturan.

Tidak mampu menyebut dengan sempurna huruf R dan S seakan-akan menghantui hidup saudari hingga membuatkan saudari bermain dengan delusi dan menjangka rakan akan menjadikan saudari bahan jenaka disebabkan hal itu.

Bagi Dang Setia, berbanding nasib individu yang tidak mampu melontarkan bicara seperti orang kurang upaya lebih sukar berbanding saudari tetapi mereka tidak pernah menyembunyikan diri, malah gigih meneruskan kelangsungan hidup.

Jangan jadikan kelemahan tidak mampu bertutur lancar sebagai alasan kerana tindakan itu hanya mencipta perasaan tidak selesa dan membenci diri sendiri.

Seharusnya jadinya karakter unik dan aspek istimewa pada saudari, malah membuatkan saudari lebih dikenali.

Kikiskan rasa malu yang menebal dalam diri saudari disebabkan oleh masalah berkenaan.

Dang Setia lebih gemar jika saudari menggunakan pendekatan songsang (reverse psychology) dalam menanganinya iaitu dengan kerap berucap di khalayak ramai.

Malah kuatkan aksi dengan bahasa tubuh serta ekspresi muka yang bersesuaian ketika membuat ucapan bagi membolehkan saudari tampil dengan lebih yakin pada setiap kali sesi pembentangan diadakan.

1 comment:

  1. Dang setia, cakap memanglah senang beb sbb dang setia tak alami masalah tu. Daripada dang setia cakap kosong mcmtu, baik dang setia bagi cara2 atau rawatan2 yg boleh ubati masalah pelat tu.

    ReplyDelete

nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...