nuffnang

c

3D Letter B

Followers

Tuesday 13 November 2012

40 kakitangan hotel sertai pertolongan cemas

KETIADAAN ilmu pertolongan cemas apabila berhadapan dengan keadaan kecemasan seperti seseorang tiba-tiba pengsan yang memerlukan bantuan segera menyebabkan sebilangan besar masyarakat hanya mampu memandang. Lebih menyedihkan apabila ramai berkerumun mengelilingi mangsa tanpa melakukan apa-apa.

Hendak membantu, takut memburukkan keadaan. Dalam keadaan ini, perkara terbaik ialah segera menghubungi hospital dan membetulkan kedudukan mangsa supaya dia baring mengiring selain memastikan pernafasannya.

Di sinilah pentingnya kita mempunyai ilmu pertolongan cemas supaya dapat memberi pertolongan pada bila-bila masa. Menyedari kepentingannya, Hotel Grand Dorsett menganjurkan program latihan Pertolongan Cemas dan Bantuan Pernafasan untuk 40 kakitangan dengan kerjasama pusat perubatan Nur Jaya Medic Sdn Bhd.

Program latihan dua hari itu dikendalikan Ketua Jurulatih Nur Jaya Medic, V Gunasegaran yang berkongsi pengetahuan ilmu pertolongan cemas. Antara yang diajar kepada peserta program ialah cara menguruskan atau mengendalikan luka dan pendarahan, kaedah membalut luka dan anggota yang patah serta beberapa perkara berkaitan bantuan sokongan kehidupan termasuk pemulihan resusitasi kardiopulmonari (CPR).

Selain itu, peserta diajar teknik menyelamatkan nyawa menggunakan alat CardiAid Automated Extemal Defibrillator. Ini adalah alat defibrilator automatik terkini yang direka khas untuk digunakan orang awam dalam memberikan bantuan pada saat genting iaitu beberapa minit pertama pernafasan mangsa terhenti sementara menunggu bantuan
datang.

Menurut Timbalan Pengurus Besar Hotel Grand Dorsett, Alfred Paulsen, program itu bertujuan memperkasakan kakitangan dengan ilmu yang sangat penting supaya mereka boleh memberi bantuan bila diperlukan.

Ia juga menandakan kesungguhan pihak hotel dalam memberikan perkhidmatan terbaik bukan saja kepada pelanggan, malah untuk kakitangannya sendiri.

No comments:

Post a Comment

nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...