nuffnang

c

3D Letter B

Followers

Sunday 11 November 2012

Tersepit antara suami cemburu, cita-cita

CINTA dan cita-cita adalah dua perkara penting dalam hidup saya. Saya ingin kejayaan dalam kerjaya serta rumah tangga namun ia tidak semudah di sangkakan.

Dilema yang saya sedang hadapi benar-benar menguji ketabahan hidup. Saya berusia awal 20an, berkahwin dalam usia muda dan kini sudah mempunyai anak.

Walaupun berumahtangga, saya seorang yang bercita-cita tinggi. Saya kini keliru sama ada mahu melanjutkan pelajaran atau tidak. Saya ada keinginan tinggi untuk melanjutkan pelajaran dan bercita-cita menjadi seorang wanita yang berjaya.

Suami pula seorang juru terbang dengan jadual kerja yang sangat padat.
Persoalannya, adakah saya juga harus menyambung pelajaran atau menjadi suri rumah tangga?

Andai saya melanjutkan pelajaran selama empat tahun, bagaimana untuk saya mengimbangi masa agar hubungan rumah tangga kami sentiasa bahagia dan tiada persengketaan? Suami saya juga seorang yang kuat cemburu.

Bantulah saya Dr kerana tidak tahu apa yang harus saya lakukan dan buntu untuk membuat keputusan.

Keliru,
Sungai Petani, Kedah.




DEWASA ini , ramai wanita berkerjaya adalah ibu dan isteri yang berjaya.
Memiliki kerjaya adalah idaman kebanyakan wanita masa kini termasuk yang sudah mendirikan rumah tangga.

Justeru Dr memahami akan keinginan kuat adik untuk melanjutkan pelajaran di samping menjadi wanita berkerjaya yang hebat.

Wanita berkerjaya kini berperanan besar dalam menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara. Wanita juga kini ramai yang mempunyai pendidikan inggi selari dengan perkembangan zaman. Lebih ramai pelajar wanita yang melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi berbanding lelaki.

Perkongsian hidup berumahtangga memerlukan adik dan pasangan untuk sama-sama berbincang mengenai apa yang adik inginkan dalam hidup. Ini termasuk keinginan untuk bergelar mahasiswi.

Perkembangan psikologi menyaksikan individu yang tidak tercapai cita-cita mudah kecewa dalam kehidupan termasuk alam rumah tangganya. Sekiranya kekecewaan ini tidak diluahkan, ia menimbulkan tekanan berterusan. Satu usaha untuk menyingkir pengalaman pahit ini ialah dengan menjelaskan kepada suami mengenai cita-cita untuk melanjutkan pelajaran ini. Hati akan menjadi lebih tenteram sementara hidup lebih bermakna.

Ramai wanita yang sudah berumahtangga melanjutkan pelajaran. Tentu sekali, ini memerlukan pengorbanan yang bukan sedikit. Mereka terpaksa mengimbangi antara tuntutan belajar dan kehidupan berumahtangga. Kejayaan ramai tokoh wanita hebat boleh menjadi pendorong.

Izin suami sangat penting dalam memulakan sebarang langkah termasuk melanjutkan pelajaran. Mohon izin dan jelaskan dengan baik mengapa adik ingin melanjutkan pelajaran. Pada waktu sama usahakan agar dapat mengimbangi masa antara pelajaran dan rumah tangga.

Sikap cemburu suami boleh dikurangkan dengan adik perlu elakkan daripada melakukan perkara-perkara yang boleh menimbulkan perasaan cemburu terhadapnya.
Sikap kuat cemburu ini memang bukanlah sesuatu yang positif dalam alam rumah tangga. Oleh itu, usahakan agar suami dapat mengurangkan sikap cemburu ini sedikit demi sedikit.

No comments:

Post a Comment

nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...