nuffnang

c

3D Letter B

Followers

Tuesday 13 November 2012

Ramai alami tulang reput

HASIL keputusan Pemeriksaan Kesihatan Tulang Anlene mendapati 40 peratus wanita Malaysia berumur lebih 30 tahun berisiko antara peringkat sederhana hingga tinggi untuk mengalami kesihatan tulang yang lemah.

Menurut analisis data berkenaan, jenama terbabit turut menemui fakta mengejutkan mengenai lelaki Malaysia. Kira-kira 40 peratus lelaki berumur lebih 30 tahun juga berisiko antara sederhana hingga tinggi untuk mengalami kesihatan tulang yang lemah.

Sepanjang 12 bulan lalu, Anlene menjalankan lebih daripada 200,000 pemeriksaan kesihatan tulang percuma untuk rakyat Malaysia.

Untuk membantu mengurangkan angka yang mengejutkan ini serta memberi penekanan terhadap kepentingan mengekalkan tulang yang sihat melalui diet dan senaman, jenama terbabit menganjurkan kempen ‘Minumlah Demi Kesihatan Tulang Kita’ selama tiga hari di Sunway Pyramid, mulai Sabtu lalu.

Majlis pelancarannya dihadiri anak Malaysia yang mencipta nama sebagai selebriti antarabangsa, Datuk Seri Michelle Yeoh.

“Kesihatan tulang sangat penting bagi saya. Ramai wanita Asia seperti saya, adalah tulang belakang keluarga. Oleh itu, penting untuk kita melindungi tulang supaya boleh terus menjadi tunggak kekuatan keluarga. Inilah sebabnya saya sentiasa pastikan mengambil kalsium secukupnya untuk memenuhi keperluan nutrien harian saya,” kata Michelle.

Bagi menunjukkan komitmen menyokong usaha meningkatkan kesedaran kesihatan tulang di Malaysia, Anlene juga akan menderma RM5 kepada Persatuan Kesedaran Osteoporosis Kuala Lumpur (OASKL) untuk setiap orang yang menjalani pemeriksaan tulang sepanjang kempen tiga hari terbabit.

Pengarah Pengurusan Fonterra Brands (Malaysia) Sdn Bhd, David Ross berkata, Anlene sudah sekian lama komited untuk membantu meningkatkan kesedaran terhadap kesihatan tulang. Kempen yang dianjurkan sempena Hari Osteoporosis Sedunia itu adalah satu lagi langkah dalam meningkatkan kesedaran terhadap risiko osteoporosis dan juga kepentingan diet yang seimbang dan senaman untuk mengekalkan tulang yang kuat dan sihat.

“Kami memperkenalkan Pemeriksaan Kesihatan Tulang pada 2006 dan sejak itu kami membantu lebih daripada 600,000 rakyat Malaysia untuk lebih memahami kesihatan tulang mereka,” katanya.

Kajian Pengambilan Makanan di Kalangan Orang Dewasa Malaysia yang dijalankan pada 2003 mendapati pengambilan kalsium di kalangan lelaki dan wanita dalam semua kumpulan sosio demografi tidak mencapai tahap pengambilan harian yang dicadangkan. Di samping itu, rakyat Malaysia menggunakan 74 peratus masa sehari mereka melakukan aktiviti yang kurang aktif seperti duduk atau baring. Ini mungkin meningkatkan risiko osteoporosis.

Pakar ortopedik dan trauma, Dr Chin Chee Howe berkata, gaya hidup ramai lelaki dan wanita Malaysia mendedahkan mereka kepada risiko terhadap osteoporosis iaitu penyakit yang mana tulang menjadi semakin lemah dan menyebabkannya mudah patah.

“Rakyat Malaysia mesti mengubah gaya hidup mereka dengan mengamalkan diet yang seimbang dan mengambil lebih banyak makanan yang kaya dengan kalsium serta sering bersenam untuk meningkatkan kesihatan tulang mereka,” katanya.

Pengurus Inovasi Fonterra Brands New Zealand, Joanne Todd berkata, hasil kajian yang dijalankan oleh Anlene dan Universiti Kebangsaan Malaysia menunjukkan kebanyakan wanita Malaysia mengambil kurang daripada 50 peratus kalsium yang diperlukan oleh mereka. Keadaan ini sesuatu yang membimbangkan kerana kalsium penting untuk mengekalkan kesihatan tulang.

“Pengambilan kalsium dalam diet semasa rakyat Malaysia adalah 300 hingga 500 miligram sehari, jauh lebih rendah daripada cadangan pengambilan sehari iaitu 1,000 hingga 1,200 miligram.

“Ini petanda ramai wanita Malaysia akan menghadapi risiko mengalami kesihatan tulang yang lemah pada masa depan dan mungkin mengalami penyakit berkaitan tulang seperti osteoporosis,” katanya.

Anlene, susu dirumus khas untuk kekuatan tulang yang optimum bagi orang dewasa, diperkayakan dengan kalsium yang bertindak bersama nutrien lain seperti vitamin D, magnesium dan zink, untuk diserap dan digunakan secara berkesan bagi membantu membina tulang yang kuat.

Kesihatan tulang yang lemah biasanya dianggap sebagai ‘penyakit orang tua’, tetapi tulang mungkin menjadi semakin lemah bermula dari usia 30-an. Ini biasanya disebabkan kekurangan kesedaran terhadap apa yang boleh dilakukan untuk mencegah osteoporosis.

Bagaimanapun, dengan mengamalkan gaya hidup yang aktif dan pengambilan kalsium yang secukupnya, kadar kejadian osteoporosis boleh dikurangkan. Untuk maklumat selanjutnya, sila layari www.anlene.com.my

No comments:

Post a Comment

nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...