nuffnang

c

3D Letter B

Followers

Tuesday 13 November 2012

Maklumat betul rancang keluarga

DATA terbaru kaji selidik Hari Kontraseptif Sedunia 2012 (WCD) menunjukkan terdapat jurang yang amat besar antara wanita daripada usia pertama kali melakukan hubungan kelamin kepada pertama kali memiliki anak atau bercadang mendapatkan anak.

Jurang perbezaan ini menunjukkan keperluan untuk maklumat berkaitan bagi proses perancangan keluarga agar lebih berkesan.

Namun, tidak dinafikan amalan perancangan keluarga sebegini masih rendah di Asia termasuk Malaysia.

Disebabkan itu, peneraju dalam penjagaan kesihatan wanita, Bayer HealthCare membiayai kajian multinasional ‘Contraception: Looking to the future’ membabitkan 800 responden dari lapan negara di Asia.

Beberapa penemuan utama menunjukkan satu keperluan untuk golongan muda lebih berfikiran jauh dan menjadikan kontraseptif sebagai perancangan masa depan demi keluarga dan diri mereka.

Selain itu, dari kaji selidik berkenaan yang membabitkan 103 responden Malaysia mendedahkan purata umur wanita Asia pertama kali me–ngadakan hubungan kelamin ialah pada usia 22 tahun.

Bagaimanapun, kebanyakan wanita berhasrat dan merancang untuk mempunyai anak pada purata usia 30 tahun, menunjukkan jurang perbezaan sebanyak 10 tahun.

Di samping itu, lebih 25 peratus responden lelaki dan wanita memilih untuk tidak memiliki anak atau tidak pasti sekiranya mereka ingin memiliki anak sendiri.

Pengarah Eksekutif Persekutuan Persatuan Kesihatan Reproduktif, Yeoh Yeok Kim berkata, kajian yang dilakukan itu jelas menunjukkan wanita cenderung untuk berkahwin lewat dan memiliki anak juga pada usia yang lewat atau memilih untuk tidak mempunyai anak langsung.

Kebiasaannya mereka mempunyai perancangan lain dan mahu mencapai lebih banyak perkara dalam hidup yang dirasakan perlu sebelum membuat keputusan untuk berkeluarga.

Oleh itu, wanita perlu mendapatkan maklumat yang betul terhadap pilihan kaedah perancangan keluarga bagi merancang dan menerapkan amalan berkenaan pada masa akan datang.

Namun, purata amalan kontraseptif pada 2012 tidak menggambarkan perancangan masa hadapan berkenaan kerana 16 peratus daripada responden (27 peratus di Malaysia) tidak menggunakan sebarang kaedah perancang keluarga pada pertama kali mengadakan hubungan kelamin.

Di samping itu, 17 peratus (28 peratus di Malaysia) daripada responden mengikuti kaji selidik berkenaan hanya bergantung kepada ‘kaedah pengeluaran’ (mengeluarkan air mani di luar) yang tidak diklasifikasikan sebagai kaedah baik bagi amalan perancangan keluarga. Ia lebih popular berbanding kaedah lebih berkesan seperti pil perancang hingga memungkinkan keberkesanan penggunaannya sebanyak 99 peratus jika mengikut jadual yang betul.

Selain itu, perbandingan umur wanita berkahwin sepanjang tempoh 60 tahun yang dilakukan turut menunjukkan ia semakin meningkat.

Sebagai contoh, purata usia berkahwin bagi wanita Malaysia pada era 1920-an adalah 18 tahun manakala pada 1980, ia meningkat kepada 24 tahun.

Tetapi melalui unjuran perbandingan yang dilakukan terhadap bilangan anak pula menunjukkan penurunan drastik.

Buat pertama kalinya, kaji selidik tahunan WCD mengemukakan soalan berkaitan kaedah perancangan keluarga bagi jangka panjang kepada setiap responden.

Kaedah paling digemari sebagai bahan perancangan keluarga adalah kondom.

Yeoh berkata, kesedaran, pendidikan dan juga mendapatkan maklumat yang betul mengenai perancangan keluarga perlu disebarkan secara menyeluruh kerana masih ramai yang menganggap kaedah pengeluaran sebagai cara terbaik sedangkan ia sebaliknya.

“Malah, ramai beranggapan mereka tidak memerlukan perancangan keluarga, apa yang menyedihkan ramai juga memilih untuk melakukan pengguguran.

“Saya percaya setiap wanita perlu diberi pendidikan dan kesedaran diperlukan serta maklumat supaya diberi kuasa dalam membuat keputusan dalam penentuan saiz keluarga,” katanya.

No comments:

Post a Comment

nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...