nuffnang

c

3D Letter B

Followers

Sunday 11 November 2012

Tertekan diejek kerana pelat

SAYA rasa hidup ini sangat mencabar dan kadangkala rasa tertekan hingga pernah mempersoalkan mengapa Allah mencipta saya sebagai seorang yang mengalami masalah pertuturan.

Buat makluman Dang Setia, saya mengalami masalah pelat. Sebutan saya tidak betul hingga membuatkan ramai mengata saya.

Bayangkan ketika saya bercakap, mereka mengajuk sebutan saya. Malah, ibu serta ayah juga gemar bergurau dengan pelat saya. Saya tertekan serta benci dengan diri.

Pernah juga terfikir ingin mati kerana masalah pertuturan ini. Selain itu, saya menjauhi lelaki kerana khuatir mereka menyedari kelemahan saya. Yang pasti, saya sungguh marah dengan diri sendiri.

IRIN
Subang, Selangor


Pengasas kepada psikoanalisis dan juga pakar neurologi Austria, Sigmund Freud pernah menyebut dalam teorinya, takut kepada realiti atau perkara terjadi di dunia sebenarnya antara jenis ketakutan yang turut memberi impak kepada emosi individu itu sendiri.

Dang Setia lihat saudari mencetuskan ketakutan itu dengan memperbesarkan masalah pertuturan iaitu pelat sehingga menjadi mangsa ejekan. Mungkin saudari melihat situasi itu tidak dapat diperbaiki.

Sebenarnya, ada penyelesaian lebih baik daripada terus berdiam dan membiarkan ibu bapa mengejek, iaitu nyatakan bahawa saudari tidak senang dan selesa dengan tindakan mereka. Tunjukkan emosi dan padankan bersama luahan perkataan yang menggambarkan kekecewaan saudari.

Malah, terima hakikat itu dengan perasaan lega kerana saudari masih mampu bercakap dan ia lebih baik berbanding mereka yang kehilangan nikmat itu seperti orang kurang upaya bisu dan pekak terpaksa menggunakan alternatif lain untuk berkomunikasi.

Selain itu, usah putus asa untuk berikhtiar seperti bertemu pakar perubatan mahupun terapi pertuturan untuk membantu saudari mengatasi masalah pelat itu.

No comments:

Post a Comment

nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...