nuffnang

c

3D Letter B

Followers

Tuesday 13 November 2012

Kakitangan Unilever sertai kempen basuh tangan

LEBIH 400 kakitangan Unilever (Malaysia) Holdings Sdn Bhd menyertai kempen Rakyat Malaysia Membasuh Tangan bagi menggalakkan masyarakat berikrar sempena Hari Basuh Tangan Sedunia.
Justeru, Lifebuoy mengajak masyarakat setempat membuat ikrar menerusi laman facebook - www.facebook.com/lifebuoyfb.


Usaha murni ini ialah satu misi sosial berterusan bagi memupuk kesedaran untuk sentiasa menjaga kebersihan diri yang harus bermula daripada penjagaan kebersihan tangan terutama sebelum makan.

Jenama sabun perlindungan daripada kuman berkenaan mensasarkan sekurang-kurangnya mengumpulkan 50,000 ikrar serta membuat sumbangan RM10,000 kepada usaha membaik pulih kemudahan tandas di sekolah sekitar Lembah Klang.

Menurut Pengerusi dan Pengarah Urusan Unilever Malaysia, Rakesh Mohan, kempen terbabit ialah komitmen berterusan Lifebuoy dalam usaha meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan masyarakat.

Ia juga selaras dengan Rancangan Kehidupan Lestari Unilever khususnya daripada segi menambah baik taraf kesihatan dan kesejahteraan masyarakat.

Hadir sama Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin.

Sempena kempen terbabit, jururawat Hospital Columbia Asia, Puchong turut hadir bagi sesi demonstrasi cara membasuh tangan dengan betul di KL Sentral.

Orang ramai turut diberikan pemeriksaan kesihatan secara percuma.

No comments:

Post a Comment

nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...