nuffnang

c

3D Letter B

Followers

Tuesday 13 November 2012

Bimbang haid tak teratur

SAYA baru sahaja mengalami keguguran ketika usia kandungan berusia 13 minggu. Ia adalah kandungan pertama saya.

Saya tidak melalui proses D&C kerana menurut doktor, hanya tinggal sedikit saja jadi tidak memerlukan D&C. Tetapi saya tidak diberi tarikh untuk datang membuat pemeriksaan semula bagi mengetahui keadaan rahim saya.

Jadi bagaimana saya boleh mengetahui rahim saya sudah bersih daripada sisa keguguran terbabit? Adakah selepas datang haid, itu menandakan rahim saya sudah bersih sepenuhnya?

Selain itu, adakah kitaran haid akan menjadi tidak tetap selepas mengalami keguguran? Apakah yang menjadi punca kepada senggugut dan benarkah senggugut akan menjadi salah satu punca seseorang itu sukar untuk memperoleh zuriat?

Saya berharap doktor dapat memberikan penjelasan kerana ini adalah pengalaman pertama saya.

ALEA,
Kuala Lumpur




Tanda lazim keguguran apabila janin telah keluar semuanya adalah pendarahan daripada faraj menjadi semakin berkurangan dan berhenti dalam masa kira-kira seminggu, anda semakin pulih serta tidak mengalami demam atau sakit di bahagian ari-ari.

Melalui pemeriksaan doktor, ia boleh disahkan jika serviks kelihatan tertutup dan imbasan ultrabunyi menunjukkan permukaan terdalam ruang rahim ‘kosong’.

Selepas 1-2 minggu, doktor juga akan melakukan pemeriksaan yang sama bagi kepastian serta melihat sama ada ovari telahpun memulakan kitaran pembesaran telur yang baru serta lapisan terdalam rahim telah mulai tumbuh untuk kitaran baru itu.

Di samping itu, doktor mungkin memberikan anda pil antibiotik dan vitamin.

Keguguran adalah sesuatu yang mendukacitakan bagi kebanyakan pasangan. Tidak mustahil, gangguan emosi ini boleh mengganggu kitaran kesuburan dan melewatkan haid atau menjadikannya ia tidak teratur, lazimnya ia mengambil masa 3-4 bulan sahaja.

Senggugut pula adalah suatu simptom yang boleh disebabkan penyakit seperti endometriosis, tetapi senggugut juga sebenarnya tiada kaitan dengan penyakit fizikal. Tidak semestinya semua wanita yang mengalami senggugut menyebabkan masalah kesuburan atau mempunyai penyakit yang mengurangkan kesuburan.

Walau bagaimanapun, eloklah anda mendapatkan pemeriksaan doktor bagi memastikan keadaan itu.

No comments:

Post a Comment

nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...