nuffnang

c

3D Letter B

Followers

Sunday 11 November 2012

Teman wanita kuat cemburu

SAYA belajar dan kini mempunyai seorang kawan wanita yang hampir sebaya umurnya dengan saya. Kami sudah berkawan sejak setahun lalu. Saya suka kepadanya dan inginkan perhubungan kami semakin serius.
Masalahnya, kawan saya bersifat cemburu. Saya harap Dr dapat bantu bagaimana saya dapat berhadapan dengan perasaan cemburu kawan wanita saya ini. Saya sayangkan perhubungan kami.


Anti Cemburu,
Kedah



SATU cara mengurangkan rasa cemburu ialah melalui perbincangan dan pemikiran yang logik. Dr faham ia bukan satu perkara yang mudah.

Individu yang berasa cemburu sering kali merasa tidak selamat dalam perhubungan.

Kawan wanita adik mungkin belum yakin dalam perhubungan ini. Perasaan curiga membuatkannya tidak dapat berfikir dengan rasional. Adik boleh berbincang secara baik mengapa dia cemburu.

Ketika perbincangan, nada suara yang lembut adalah amat penting.

Kekasih adik mungkin akan bersifat defensif apabila ditanya mengenai sifat cemburunya.

Jika ini berlaku, bersifat tenang dan gunakan logik adik.

Mengingatkan kekasih bahawa adik menyayanginya adalah kunci kepada perhubungan adik berdua.

Memandangkan salah satu sebab utama kepada perasaan cemburu adalah rasa tidak selamat, adik perlu menanam perasaan yakin dalam diri teman wanita bahawa dialah pilihan hati.

Kepercayaan juga penting. Maksudnya jika adik sering mengkhianati kepercayaan teman

wanita, tentunya amat sukar untuk dia mempercayai adik.

Adik kata sayangkan perhubungan ini. Justeru, jadilah kekasih yang setia. Menjadi kekasih yang setia boleh mengurangkan rasa cemburu teman wanita kerana dia berasa selamat serta menganggap adik pilihan terbaiknya

No comments:

Post a Comment

nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...