nuffnang

c

3D Letter B

Followers

Tuesday 13 November 2012

Jangkitan hubungan seksual menular

MENGIKUT perangkaan yang dikeluarkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), dianggarkan sebanyak 448 juta kes baru berkaitan penyakit hubungan seksual (PHS) berlaku setiap tahun di seluruh dunia.
Lebih menyedihkan, jangkitan PHS turut membabitkan lelaki dan wanita seawal usia 15 tahun dengan sebahagian besar PHS berlaku di rantau Asia Selatan dan Asia Tenggara.


PHS adalah satu daripada lima punca utama masalah kesihatan reproduktif di negara membangun, namun malangnya minat serta sumber yang disalurkan bagi mencegah dan mengawal jangkitan hubungan seksual selain HIV didapati menurun sejak lima tahun kebelakangan ini.

Sokongan lebih tertumpu kepada terapi antiretroviral dan perkhidmatan kaunseling bagi HIV, menyebabkan jangkitan hubungan seksual terus menular dan memberi kesan kepada kesihatan reproduktif dan mutu kehidupan.

Memandangkan ia satu isu yang serius, Durex, peneraju kesejahteraan seksual, melancarkan kempen Rap Cegah STD, bertujuan memberi kesedaran mengenai penyakit berkaitan hubungan seksual dan kepentingan pencegahannya di kalangan orang muda.

Kempen yang disokong Persekutuan Persatuan Kesihatan Reproduktif Malaysia (FRHAM), dianjurkan bagi memupuk minat dan memudahkan penyebaran pengetahuan mengenai pencegahan PHS menerusi penghasilan kreatif muzik rap.

Pengarah Pemasaran, Reckitt Benckiser (Malaysia dan Singapura), Nikhilesh Kalra, berkata PHS adalah isu kesihatan awam yang semakin dilupakan ramai apatah lagi ia mempunyai stigma serta diskriminasi yang sering dikaitkan dengan penghidapnya.

Justeru, masalah terbabit tidak dibincangkan secara terbuka dan individu yang dijangkiti lebih rela menanggungnya secara sendirian tanpa memaklumkan kepada sesiapa.

“Akibatnya kesedaran mengenai PHS sangat rendah dan ini meningkatkan risiko jangkitan PHS. Melalui kempen berkenaan, kami berharap dapat menarik perhatian anak muda supaya menyedari masalah ini dan mencegah penyakit hubungan seksual daripada merebak,” katanya.

Kempen Durex Rap Cegah STD yang disebarkan melalui platform digital serta aktiviti di kolej menyeru anak muda daripada segenap lapisan masyarakat untuk berfikir dan menyedari mengenai isu yang boleh mendatangkan kesan jangka panjang terhadap kesihatan golongan lelaki dan wanita.

Dalam usaha memaksimumkan keberkesanan mesej mencegah PHS kepada warga muda, Durex turut menjalinkan kerjasama dengan FRHAM, AIESEC Malaysia, kolej serta pihak yang berpengaruh.

Kempen terbabit menggalakkan anak muda untuk mengambil tindakan proaktif dalam memahami PHS dan menyebarkan mesej berkenaan secara kreatif mengikut daya imaginasi masing-masing.

Menurut Pakar Perunding Obstetrik dan Sakit Puan, Dr Kamarulzaman Ali, PHS yang tidak dirawat boleh memberi kesan yang memudaratkan kesihatan dalam jangka masa panjang.

Beliau yang juga Setiausaha Kehormat FRHAM berkata, PHS juga boleh mendatangkan komplikasi seperti kemandulan di kalangan lelaki dan wanita, kehamilan ektopik, kanser serviks, sifilis kongenital, pembaziran fetus dan kematian pramatang.

“Bagaimanapun, saya percaya rawatan tidak sepenting kesedaran dan pencegahan. Inilah masanya yang paling sesuai untuk memberi impak dan memulakan langkah sebelum terlambat bagi meningkatkan kesedaran tahap kesihatan seksual dan reproduksi anak-anak muda,” katanya.

Melalui kerjasama dengan AIESEC Malaysia, iaitu badan belia terbesar dunia cawangan tempatan, Durex akan membiayai dua ahli AIESEC yang mempersembahkan rap terbaik dan paling kreatif untuk menyertai kerja kemasyarakatan kesihatan reproduktif seksual di luar negara melalui program ‘Go Abroad AIESEC’.

Selain itu, kempen berkenaan turut mendapat sokongan selebriti tempatan serta mereka yang berpengaruh dalam media sosial untuk membantu penghasilan versi rap mereka sendiri.

Kumpulan Durex akan turut berkunjung ke lima kolej bagi menyampaikan mesej dan sokongan kepada usaha pendidikan dan pencegahan PHS.

Warga Malaysia yang lain juga berpeluang memberi sokongan dan menjadi sebahagian daripada kempen terbabit dengan menghasilkan video rap mereka sendiri. Maklumat lanjut boleh didapati dengan melayari www.facebook.com/DurexMalaysia.

No comments:

Post a Comment

nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...