nuffnang

c

3D Letter B

Followers

Tuesday 13 November 2012

Si kecil kenali kimia

LEBIH 600 kanak-kanak berusia antara enam hingga 12 tahun berpeluang menerokai dunia kimia dengan menjalankan eksperimen sebenar berasaskan bahan terbabit melalui Makmal Kanak-Kanak BASF Malaysia yang diadakan di Citta Mall, Selangor.

Kemeriahan acara berkenaan dibawakan syarikat kimia terkemuka dunia, BASF bertujuan memperkenalkan kanak-kanak kepada perlindungan daripada pancaran ultraungu.

Program ini juga mendidik kanak-kanak terbabit mengenai kepentingan mendapatkan perlindungan daripada sinaran matahari secara langsung.

Melalui aktiviti eksperimen yang dijalankan dalam makmal kimia berkenaan, kanak-kanak diajar cara mudah untuk membuat losen sinaran perlindungan cahaya ultraungu di rumah menggunakan bahan yang betul.

Pengarah Urusan BASF (Malaysia) Sdn Bhd, Daniel Loh berkata, makmal berkenaan juga mengajar kanak-kanak cara mengesan kehadiran vitamin C dalam beberapa makanan dan minuman yang diambil.

“Kami percaya eksperimen yang dilakukan ini akan memberikan banyak tunjuk ajar kepada kanak-kanak mengenai kepentingan kimia dalam kehidupan seharian.

“Perlindungan kulit dan nutrisi sangat penting dalam memperoleh gaya hidup sihat, begitu juga pengetahuan dalam mengetahui bagaimana semua ini berupaya membantu kanak-kanak mempelajari mengekalkan kehidupan yang sihat,” katanya.

Selain itu, seramai 30 pelajar daripada Persatuan Disleksia Malaysia dijemput untuk menyertai Makmal Kanak-Kanak BASF yang disediakan kali ini.

Menurut Presidennya, Sariah Amirin, kanak-kanak yang mengalami disleksia mampu belajar lebih baik menerusi eksperimen sebenar yang dijalankan kerana ia cukup mudah dan menceriakan.

Mula dilancarkan untuk skop pendidikan tempatan pada 2006, program ini memberi peluang kepada kanak-kanak meneroka dunia kimia melalui cara mudah, selamat dan
disertakan dengan eksperimen kimia menyeronokkan.

Di samping itu, program makmal kanak-kanak ini dikelolakan dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia.

Hingga kini program berkenaan turut diadakan di 17 negara di Asia Pasifik termasuk Malaysia, Australia, China, Hong Kong, Taiwan, India, Indonesia, Jepun, Korea, New Zealand, Pakistan, Filipina, Singapura dan Thailand.

No comments:

Post a Comment

nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...