nuffnang

c

3D Letter B

Followers

Sunday 11 November 2012

Anggap semua lelaki jahat

SAYA masih remaja, tapi kini mengalami trauma terhadap golongan lelaki kesan perceraian ibu dan ayah. Untuk pengetahuan Dr, ayah seorang panas baran dan mempunyai ramai teman wanita ketika berkahwin dengan ibu dulu.
Sikap panas baran ayah bukan saja dilempiaskan kepada ibu, tapi juga anak termasuk saya. Kami sering dimaki dan dipukul. Sikap panas baran ayah yang selalu mendera ibu membuatkan saya menganggap bahawa semua lelaki adalah jahat, sama seperti ayah saya.

Kini, saya amat membenci lelaki dan berjanji kepada diri sendiri tidak akan berkahwin seumur hidup saya

Gadis trauma lelaki
Pahang.



MEMBESAR dalam keluarga yang berkonflik ternyata memberi kesan psikologi negatif kepada adik. Pergolakan emosi dan sikap adik terhadap lelaki serta alam perkahwinan adalah kesan corakkan pembesaran dalam keluarga. Adik berfikiran bahawa semua lelaki jahat dan takut kepada alam perkahwinan.

Manusia boleh berubah. Belum terlambat untuk mengubah corak pemikiran adik. Persepsi negatif bahawa semua lelaki jahat boleh dikurangkan melalui pemikiran yang lebih rasional.

Pemikiran tidak rasional (bahawa semua lelaki adalah jahat) boleh dirasionalisasi dengan melihat contoh lelaki baik dan bertanggungjawab dalam membimbing keluarga mereka. Ini boleh mengubah pemikiran yang kurang rasional (lelaki adalah semuanya jahat) kepada yang lebih rasional (terdapat lelaki jahat dan ada yang baik).

Ramai bapa mithali berjaya mendidik anak mereka menjadi insan berguna. Contoh baik mereka boleh membantu adik dalam mengurangkan anggapan negatif bahawa semua lelaki adalah jahat dan ganas. Apabila pemikiran tidak rasional adik boleh diubah sedikit demi sedikit, emosi adik juga turut berubah.

Alam perkahwinan adalah suatu ujian Allah untuk melihat siapa berjaya dalam ujian itu dan siapa pula gagal, siapa yang sanggup menjalani tanggungjawab sebagai ibu dan bapa dan siapa pula sebaliknya.

Nampaknya bapa adik gagal dalam ujian menjalankan tanggungjawabnya sebagai suami dan bapa yang baik. Walaupun ayah adik gagal menjadi suami dan ayah yang baik, ini tidak bermakna semua lelaki lain juga bersikap begitu.

No comments:

Post a Comment

nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...