nuffnang

c

3D Letter B

Followers

Sunday 11 November 2012

Takut berbahasa Inggeris


SAYA mahasiswa tahun dua sebuah Institut pengajian tinggi awam (IPTA) yang berasal dari kampung.
Tentunya, sebagai budak yang berasal dari kampung, saya kurang berkomunikasi dalam bahasa Inggeris. Ketika di sekolah dulu saya hanya belajar bahasa itu di kelas saja. Keluar saja dari bilik darjah, saya dengan kawan-kawan tidak lagi berkomunikasi dalam bahasa berkenaan. Malah, keputusan bahasa Inggeris saya pun lemah dan hanya ‘cukup makan.’

Apabila difikirkan saya bernasib baik kerana dapat melanjutkan pengajian di IPTA. Masalah saya adalah kegagalan untuk berkomunikasi dan menulis dengan baik dalam bahasa antarabangsa itu. Saya merasa takut dan malu untuk bercakap dalam bahasa berkenaan.

Ini menyebabkan saya mula tidak yakin dengan diri sendiri apatah lagi apabila memikirkan masa depan. Saya tahu perlunya menguasai bahasa itu untuk lebih maju dalam pelajaran.

Bagaimanakah caranya untuk saya mengingati setiap perkataan dan membuat ayat contohnya. Apakah saya punya peluang untuk mahir dalam bahasa Inggeris? Saya benar-benar inginkan bantuan dan khidmat nasihat daripada Dr.

Pelajar bimbang,
Kedah



KEPENTINGAN bahasa Inggeris dalam pengajaran dan pembelajaran terutama di institusi pengajian tinggi memang amat penting. Ini kerana bahan rujukan banyak dalam bahasa itu. Secara psikologinya, apabila seseorang mempunyai kelemahan tertentu, dia akan merasa tidak yakin dengan dirinya. Apabila adik lemah berbahasa Inggeris, ia menyebabkan konsep kendiri dan keyakinan semakin berkurangan.

Ahli psikologi, Carl Rogers menyatakan manusia mempunyai potensi untuk berkembang. Ini membuktikan adik mempunyai peluang dan ruang untuk pandai bahasa Inggeris jika menggunakan potensi diri dengan baik.

Pemikiran yang positif dan rasional serta usaha bersungguh-sungguh adalah antara kunci kepada penguasaan bahasa yang baik. Bak kata pepatah setiap orang dapat mencapai kejayaan dalam hal apa saja, asalkan ia sangat menyukai pekerjaan yang dilakukan.

Usaha mempelajari dan seterusnya menguasai bahasa bukanlah satu perkara yang statik. Ia satu proses berterusan dan memerlukan kesabaran. Jadikan ia satu perkara yang perlu dilakukan secara berterusan dan pelajari satu perkataan atau ayat dalam bahasa Inggeris setiap hari. Lakukannya dengan seronok.

Pemilihan bahan-bahan yang baik untuk memperbaiki pembacaan, tatabahasa, penulisan, percakapan dalam bahasa Inggeris adalah penting. Dr yakin di universiti tempat adik belajar, banyak bahan rujukan yang dapat membantu memperbaiki penguasaan bahasa Inggeris. Selain itu, adik boleh mendapatkan bahan melalui media dan Internet.

Belajar juga lebih seronok jika ia dilakukan secara berkumpulan. Justeru,
adik perlu mencari teman yang boleh diajak berkomunikasi dan belajar bahasa Inggeris. Mempelajari bahasa Inggeris dalam kelompok adalah lebih menyeronokkan daripada mempelajarinya secara berseorangan.

Adik juga perlu aplikasikan apa yang dipelajari dalam kehidupan harian. Banyakkan latihan bercakap, menulis, berfikir dalam bahasa Inggeris.

No comments:

Post a Comment

nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...