nuffnang

c

3D Letter B

Followers

Sunday 11 November 2012

Risau belajar saat akhir

SAYA akan menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akhir tahun ini. Saya belajar di sebuah sekolah menengah harian di Negeri Sembilan.

Keputusan peperiksaan penggal saya sederhana. Ada mata pelajaran yang saya dapat keputusan A, tapi saya juga gagal beberapa mata pelajaran.

Saya tergolong dalam pelajar yang tidak rajin belajar. Ibu sering suruh saya belajar malangnya saya buat tidak tahu.

Kini, saya menyesal tidak dengar nasihat ibu. Saya pergi kelas tuisyen tiga
kali seminggu. Rasanya, kalau tidak ada tuisyen itu, saya tidak akan mengulang kaji di rumah. Saya kini risau kerana SPM hanya tinggal beberapa bulan saja.

Gusar,
Selangor




PERTAMANYA, jangan sekali-kali putus asa. Selagi hari peperiksaan belum tiba, adik masih mempunyai harapan. Mulakan dengan membuat satu rancangan belajar.
Buat jadual waktu belajar dan pastikan jadual ini diikuti.

Fikirkan strategi belajar yang terbaik untuk adik. Setiap individu mempunyai strategi belajar yang berbeza.

Elakkan segala perkara yang boleh mengganggu pembelajaran. Contohnya, jika selama ini adik banyak habiskan masa dengan facebook dan televisyen, tiba masanya kurangkan aktiviti itu.

Oleh kerana pada saat-saat akhir, adik tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk mengingati semua mata pelajaran, gunakan segala sumber yang dapat membantu dalam pembelajaran adik.

Rehat amat penting, jangan abaikan kesihatan dengan melakukan perkara pelik seperti mengambil ubat berlebihan.

Ulang kaji soalan lalu supaya dapat membiasakan diri dengan format kertas soalan. Lebih banyak bertanya kepada guru mata pelajaran yang tidak faham.

Guru memang amat banyak membantu pelajar. Banyakkan doa dan meminta agar Tuhan memudahkan adik belajar. Dr doakan adik dapat menduduki peperiksaan SPM dengan baik dan berjaya dalam pelajaran.

No comments:

Post a Comment

nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...