nuffnang

c

3D Letter B

Followers

Tuesday 13 November 2012

Legakan otot tegang

SEHARIAN bekerja di hadapan komputer lazimnya membuatkan bahagian bahu dan leher tegang apatah lagi tubuh berada dalam posisi sama untuk tempoh yang lama.

Bukan saja menyebabkan ketegangan otot, malah kesibukan kerja dan malas melakukan gerakan juga boleh mengundang penyakit lain seperti sakit sendi serta tekanan.

Jika berasa sakit dan tegang di bahagian berkenaan, lakukan sedikit gerakan ringkas bagi melegakannya. Selain dapat melegakan bahagian tubuh itu, ia juga membantu menyegarkan tubuh badan yang keletihan di pejabat.

Pengurus Latihan Mega Lifesciences, Mary Chua berkata, gerakan untuk meregangkan otot perlu dilakukan bagi mengelakkan kesakitan berpanjangan di bahagian bahu dan leher.

“Untuk membantu memberikan keselesaan di bahagian bahu dan leher, lakukan sedikit gerakan ringkas selama 15 hingga 30 minit sehari.

“Ia membantu untuk mengurangkan kesakitan dan menjadikan bahagian berkenaan lebih fleksibel, apatah lagi jika perlu melakukan tugas hanya di depan komputer,” jelasnya.

Tiada alasan untuk melakukan regangan yang ringkas kerana ia tidak memerlukan ruang yang besar malah boleh dilakukan di mana saja walaupun saiz pejabat kecil.

Selain leher dan bahu, bahagian badan dan kaki juga penting diberi perhatian bagi mengelakkan tubuh berasa lenguh serta sakit sendi.

“Penjagaan makanan juga penting untuk mengekalkan kesihatan. Namun, dalam menjaga diet pemakanan, kita juga harus melakukan senaman atau gerakan ringkas setiap hari bagi mengelakkan penyakit tidak diingini.

“Walaupun sibuk dengan tugas seharian di pejabat, senaman juga harus diutamakan. Cukup sekadar melakukan gerakan ringkas ketika di pejabat bagi mengelakkan ketegangan otot, tekanan dan sakit sendi pada jangka masa panjang,”
tambah Mary ketika ditemui di Hospital Pantai Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Bagi mereka yang banyak melakukan tugasan menggunakan komputer sepanjang hari, cuba gerakan ringkas ditunjukkan Mary bagi memberi kelegaan pada otot bahu, leher, belakang badan dan lutut.

No comments:

Post a Comment

nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...