nuffnang

c

3D Letter B

Followers

Tuesday 13 November 2012

Serat ikat lemak

KITA bukan tidak biasa dengan epal malah ia boleh didapati di mana saja, baik di pasar raya mahupun di pasar malam.

Harganya juga berpatutan, bergantung kepada jenis dan asal usul epal.

Manfaatnya kepada kesihatan memang diperakui ramai cuma ramai kurang mengambil tahu khasiat buah ini.


Jika masih kurang percaya, berikut beberapa fakta mengenai epal:

  • Penyelidik menyarankan epal sebaiknya dimakan begitu saja. Kajian membandingkan pengambilan epal dengan jus epal. Ia menunjukkan seseorang
    itu berasa kurang lapar dan lebih kepuasan apabila makan sebiji epal.

    Menariknya, makan epal bersaiz sederhana kira-kira 15 minit sebelum makan boleh mengurang–kan pengambilan kalori sebanyak 15 peratus semasa makan.

    Sebiji epal mengambil masa lebih lama untuk dikunyah manakala makan epal berserta kulitnya sekali menyumbang kepada pengambilan serat lebih tinggi.

    Jus epal lazimnya kurang tekstur dan serat berbanding sebiji epal biasa. Malah jus epal kebiasaan–nya ditambah dengan gula.

    Sebaiknya makan epal dalam bentuknya yang semula jadi.

  • Mengekalkan paras gula dalam darah.

    Dipenuhi phytonutrien, epal boleh membantu untuk mengekalkan paras gula darah yang menyihat–kan.

    Buah ini kaya dengan antioksidan yang membantu untuk mengurangkan penyerapan glukosa.

    Pectin di dalam epal pula membekalkan asid galacturonic kepada tubuh yang merendahkan keperluan badan terhadap insulin dan boleh membantu dalam menangani diabetes.

    Wanita yang makan sekurang-kurangnya sebiji epal sehari didapati 28 peratus berkurangan untuk mengalami diabetes jenis 2 berbanding mereka yang tidak makan epal.

  • Menggigit dan mengunyah epal boleh merangsang pengeluaran air liur di dalam mulut, mengurangkan kerosakan gigi dengan merendahkan tahap bakteria.

  • Saintis daripada Persatuan Penyelidikan Kanser Amerika mendapati
    pengambilan epal boleh membantu untuk mengurangkan risiko kanser pankreas sehingga 23 peratus.

    Penyelidik di Universiti Cornell pula mendapati beberapa bahan triterpenoid yang diperoleh pada kulit epal mempunyai ciri menentang pertumbuhan sel kanser di dalam hati, usus dan payudara.

  • Mengurangkan kolesterol.

    Serat larut di dalam epal mengikat lemak di dalam usus seterusnya merendahkan paras kolesterol.

    Banyak kajian mengaitkan pengambilan serat larut yang tinggi dengan pembentukan perlahan plak yang kaya dengan kolesterol di dalam salur darah.

  • Menangani cirit-birit dan sembelit.

    Sama ada anda asyik membuang air atau langsung tidak boleh ke tandas, serat di dalam epal boleh membantu.

  • Mengawal berat badan.

    Kebanyakan masalah kesihatan dikaitkan dengan lebihan berat badan termasuk penyakit jantung, strok, tekanan darah tinggi serta diabetes jenis 2.

    Untuk menangani berat badan dan meningkatkan kesihatan secara keseluruhan, doktor menyarankan pemakanan yang kaya dengan serat. Makanan yang kaya dengan serat boleh mengenyangkan tanpa mengambil terlau banyak kalori.

    Kajian di Brazil menunjukkan wanita yang makan tiga biji epal atau pear setiap hari mengalami pengurangan berat badan semasa berdiet berbanding wanita yang langsung tidak makan buah ini semasa berdiet.

  • Meningkatkan sistem ketahanan tubuh.

    Epal merah mengandungi antioksidan digelar quercetin. Kajian terkini mendapati quercetin boleh membantu untuk merangsang sistem ketahanan tubuh terutama apabila kita dalam keadaan tertekan.

  • Bagus untuk mata.

    Walaupun kajian sebelum ini agak bercanggah, kajian jangka panjang terkini menyarankan mereka yang mengamalkan pemakanan kaya dengan buah-buahan yang mengandungi antioksidan seperti epal, kurang berisiko 10 hingga 15 peratus untuk menghadapi masalah katarak.

  • Perlindungan tulang.

    Penyelidik di Perancis mendapati sejenis flavanoid yang digelar phloridzin yang hanya didapati di dalam epal boleh melindungi wanita menopaus daripada osteoporosis dan boleh membantu untuk meningkatkan kepadatan tulang.

    Boron iaitu satu lagi kandungan epal, juga membantu untuk menguat–kan tulang.

  • Ada kajian menunjukkan kanak-kanak mengalami asma yang minum jus epal setiap hari memberi kesan baik dalam menangani masalah kesihatan itu, berbanding kanak-kanak yang hanya minum jus epal sebulan sekali.

    Kajian lain mendapati kanak-kanak dilahirkan ibunya yang makan banyak epal semasa hamil, mempunyai kadar asma lebih rendah berbanding kanak-kanak dilahirkan ibu mereka yang kurang makan epal.
  • No comments:

    Post a Comment

    nuffnang

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...