nuffnang

c

3D Letter B

Followers

Sunday 18 September 2011

Pagar konsert runtuh gara-gara mahu lihat Saleem

KAMPUNG RAJA- Ribuan pengunjung memenuhi pentas Pekan Budaya Besut dan Festival Pantai Bukit Keluang untuk menyaksikan persembahan penyanyi popular Saleem dan penyanyi jemputan lain, semalam.

Keadaan menjadi lebih tidak terkawal apabila pagar kawasan konsert runtuh setelah diasak orang ramai menyebabkan sebahagian penonton menyerbu masuk secara percuma untuk menyaksikan artis pujaan mereka.

Setiausaha Majlis Belia Daerah (MBD) Besut, Zaharul Hisham Zahidi berkata, pe-nganjur tidak mampu mengawal keadaan apabila ratusan pengunjung menolak pagar dan apabila ia tumbang mereka menyerbu masuk ke dalam tapak persembahan itu.

Sementara itu, beliau berkata, pelbagai acara menarik lain diadakan sempena festival itu antaranya pada 6 hingga 8 Jun berlangsung Kejohanan Perahu Layar Zon Timur yang menampilkan pelayar terkemuka anjuran Persatuan Perahu Layar Negeri Terengganu bersama MBD.

“Pada 6 hingga 8 Jun juga diadakan perlawanan tomoi menampilkan petinju terkenal yang pernah mewakili negara termasuk peserta dari Thailand yang akan beraksi pada setiap malam.

“Pada 10 dan 11 Jun pula diadakan konsert dikir moden yang menampilkan penyanyi dikir barat tersohor dan orang ramai dijemput hadir,” katanya

No comments:

Post a Comment

nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...