nuffnang

c

3D Letter B

Followers

Sunday 18 September 2011

Pejabat PBSNT diserbu

KUALA TERENGGANU – Pejabat Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) yang terletak di tingkat dua, Wisma Seri Amar, di sini, semalam, diserbu peminat bagi mendapatkan tiket final Piala FA yang akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil 11 Jun.

Perlawanan membabitkan dua pasukan dari Pantai Timur iaitu Terengganu bertemu Kelantan sememangnya dinanti ribuan peminat bagi membuktikan siapa raja bola sepak di negara ini.

Rata-rata peminat pasukan bola sepak Terengganu yang ditemui, menaruh harapan yang begitu tinggi untuk menyaksikan skuad kendalian Irfan Bakti Abu Salim mampu menjulang Piala FA 2011 itu.

Peminat yang ditemui, Zubir Ali, 27, berkata, berdasarkan prestasi konsisten Terengganu dalam perlawanan musim ini, dia yakin Skuad Penyu mampu menewaskan pasukan Red Warriors itu.

“Kita harap pasu-kan kita (Terengganu) mampu merealisasikan impian penyokong yang setia di belakang,” katanya, semalam.

Seorang lagi peminat ditemui, Mat Nasir Ismail, 41, pemain perlu mempamerkan aksi sebenar untuk membuktikan soko-ngan padu penyokong selama ini tidak sia-sia.

“Kita akan terus berada di belakang pemain dan berharap agar impian untuk membawa pulang Piala FA ke Terengganu 11 Jun ini tercapai,” katanya.

No comments:

Post a Comment

nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...