nuffnang

c

3D Letter B

Followers

Monday 19 September 2011

Turki ancam beku hubungan dengan EU

ANKARA: Calon Pengerusi Kesatuan Eropah (EU), Turki, akan membekukan hubungannya dengan pertubuhan itu sekiranya Cyprus diberikan jawatan presiden tahun depan, kata timbalan perdana menterinya, Besir Atalay.
Dipetik dalam kenyataan agensi berita kerajaan Anatolian, Sabtu lalu, ulasan itu menandakan titik terbaru paling buruk dalam hubungan antara EU dan Turki yang memulakan perbincangan menyertai pertubuhan sejak 2005.

Ia muncul ketika kegentingan memuncak di timur Mediterranean apabila Turki menghadapi konflik dengan Cyprus ekoran isu kawasan perairan yang kaya dengan gas. Turki juga menghadapi masalah diplomatik dengan israel.
Beshir berkata, sekiranya perbincangan damai di Cyprus tidak mencapai kata muktamad dan EU menyerahkan jawatan presiden kepada Cyprus, krisis sebenar adalah antara EU dan Turk.

Besir berkata demikian kepada Radio Cypriot Bayrak Turki pada akhir lawatannya ke Cyprus utara. “Kami akan membekukan hubungan dengan EU. Kami membuat pengumuman ini. Sebagai kerajaan kami sudah pun membuat keputusan. Hubungan kami dengan EU akan dihentikan serta-merta,” katanya. - Reuters

No comments:

Post a Comment

nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...