nuffnang

c

3D Letter B

Followers

Monday 19 September 2011

Kate ikut jejak langkah Diana

LONDON: Menyusuli jejak langkah Puteri Diana, Duchess of Cambridge, Kate Middleton, dikatakan menziarahi badan kebajikan secara rahsia mengikut pilihan dan disokongnya sebagai penaung diraja.
Kate mula membuat lawatan peribadi ke organisasi berkenaan sejak beberapa hari lalu dan merancang untuk lebih tahu mengenai pekerjaan amal sebelum membuat keputusan awal tahun depan.

Kakitangan Istana St James mengesahkan lawatan itu yang dijelaskan sebagai ‘lawatan yang tidak dijangka’. Jurucakap Istana St James berkata, beberapa bulan akan datang Kate akan belajar mengenali beberapa badan kebajikan dan amal lain, supaya dia boleh membuat keputusan mengenai peranannya pada masa depan. “Kate bercadang bertemu dengan pelbagai individu dan membuat lawatan peribadi.
“Kami tidak akan membuat sebarang komen tentang kerja kebajikannya. Minatnya sangat meluas ketika ini,” katanya. Sumber istana berkata, Duke of Cambridge, Putera William memberi isterinya sokongan penuh, tetapi Kate mencari maklumat mengenai kerja kebajikan atas inisiatif sendiri.

Sumber itu berkata, pasangan terbabit menikmati kehidupan bersama di kediaman mereka di utara Wales, manakala William meneruskan tugasnya sebagai juruterbang helikopter mencari dan menyelamat. Ibu William, Puteri Diana dikenali sebagai wanita yang gemar meluangkan masa melakukan kerja kebajikan dan sering menziarahi pusat perlindungan golongan merempat. - TS

No comments:

Post a Comment

nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...