nuffnang

c

3D Letter B

Followers

Sunday 18 September 2011

Hotel mayat dapat sambutan



TOKYO - Sebuah hotel pelik di pinggir bandar Yokohama, Jepun, menyediakan perkhidmatan menyimpan mayat-mayat di dalam keranda sejuk agar saudara-mara si mati boleh melawatnya untuk memberi penghormatan terakhir.

Hotel Lastel yang tentunya sunyi itu kini mempunyai 18 'tetamu', kesemuanya mayat, yang disimpan di dalam keranda penyejuk dengan bayaran 12,000 yen (RM482) sementara menunggu giliran dihantar ke tempat membakar mayat.

Namun kadang kala, ada juga pasangan muda yang tidak tahu fungsi hotel tersebut kerana masih mahu bermalam di situ.

“Kami akan beritahu mereka hanya ada bilik sejuk di sini,” jelas pemilik hotel, Hisayoshi Teramura.

Teramura mengambil kesempatan daripada kematian, iaitu pasaran menguntungkan dalam ekonomi lembap Jepun dengan membina hotel yang menyimpan dan menyejukkan mayat-mayat kerana purata waktu menunggu untuk mendapatkan giliran membakar mayat di Yokohama adalah lebih daripada empat hari.

“Jika tidak, mereka terpaksa menyimpan mayat di rumah yang tidak banyak ruang dan sempit,” kata Teramura.

No comments:

Post a Comment

nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...