nuffnang

c

3D Letter B

Followers

Sunday 18 September 2011

Kerajaan nafi kewujudan panggilan maut

ABUJA - Kerajaan Nigeria terpaksa meyakinkan penduduk negara itu bahawa satu panggilan telefon tidak boleh membunuh mereka selepas sistem pesanan ringkas (SMS) tersebar ke seluruh negara yang memberi amaran rakyat negara tersebut akan mati jika menjawab panggilan diterima daripada nombor telefon 09141.

Ketakutan dan panik dicetuskan SMS pelik itu memaksa Suruhanjaya Komunikasi Nigeria mengeluarkan kenyataan rasmi untuk menafikan mitos tersebut.

“Tidak dapat dibayangkan bahawa seseorang itu akan mati hanya dengan menerima satu panggilan,” menurut kenyataan tersebut.

Jurucakap suruhanjaya itu juga menegaskan hanya orang mudah terpedaya akan percaya dengan SMS mengarut dan tidak masuk akal.

Insiden ini bukan pertama kali berlaku di Nigeria, negara dengan penduduk paling ramai di benua Afrika kerana sebelum ini, SMS mengenai khabar angin serangan bom dan hujan asid boleh membunuh manusia turut mencetuskan keadaan panik di negara tersebut.

Khabar angin seperti itu mudah dipercayai di Nigeria kerana tahap pendidikan rendah rakyatnya dan kurang kepercayaan kepada kerajaan.

No comments:

Post a Comment

nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...