nuffnang

c

3D Letter B

Followers

Monday 19 September 2011

Calon PMR, rakan maut dalam nahas

ALOR SETAR – Seorang calon Penilaian Menengah Rendah (PMR) bersama rakannya maut dalam satu kemalangan awal hari ini selepas dilanggar sebuah jip semasa membuat pusingan-U di Batu 2 Jalan Langgar di sini.
Ketua Trafik dan Ketenteraman Awam Daerah Kota Setar, DSP Mohd Sham Abdullah berkata, mangsa meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) pukul 3 pagi.
Kejadian itu berlaku pukul 1.15 pagi semasa mangsa Mohd Fatullah Yassin, 15, bersama rakannya dikenali sebagai Mohd Shahman, 16, yang menunggang motosikal, sedang dalam perjalanan ke rumah kawan mereka di Taman Pulai Jaya di sini.
Mohd Fatullah adalah pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Syed Omar, manakala Mohd Shahman pula pelajar Sekolah Menengah Teknik Jalan Stadium di sini.
Abang Mohd Fatullah, Mohd Faqeh Yassin, 22, berkata, mayat adiknya akan dibawa ke kampung mereka di Parit, Perak untuk dikebumikan. – Bernama

No comments:

Post a Comment

nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...