nuffnang

c

3D Letter B

Followers

Monday 19 September 2011

'Saya tidak akan tunduk'


VILLAS-BOAS tidak gentar berdepan suasana di Old Trafford.


LONDON – Andre Villas-Boas akan berdepan cabaran terbesar dalam kariernya apabila berkunjung ke Old Trafford malam ini.
Pengurus baharu Chelsea itu akan berjalan
di hadapan 75,000 penonton
di Old Trafford untuk berdepan sebuah pasukan hebat, Manchester United dan seorang pengurus yang memiliki reputasi dan pencapaian yang hebat di dunia.
Alex Ferguson mula mengambil alih United ketika pengurus The Blues itu baru berusia lapan tahun.
Namun, Villas-Boas berkata: “Saya tidak akan tunduk dengan reputasi Alex Ferguson mahu pun suasana di Old Trafford.
“Sudah tentu saya rasa diri saya tidak setanding dengannya dan kamu kena beri hormat kepada seseorang yang mempunyai reputasi dan pencapaian hebat sepertinya.
“Kehebatan kami dalam segi permainan amat sedikit. Pada peringkat ini, pemain yang akan menentukan apa yang akan berlaku, mereka yang akan menggunakan bakat mereka dan bermain di atas padang.
“Apa yang kami boleh buat ialah membantu mereka menggunakan bakat mereka sebaik mungkin.”
Villas-Boas juga berjanji dia tidak akan menjadi mangsa kepada taktik psikologi Ferguson.
Jose Mourinho sebelum ini pernah menggelar Ferguson sebagai pengurus yang hebat dalam perang psikologi sebelum perlawanan dengan Kevin Keegan, Rafael Benitez dan Arsene Wenger sebagai mangsanya.
“Selain dengan perang psikologi ini, saya tidak tahu bagaimana untuk jelaskan situasi diri saya,” katanya.
“Saya akan tunggu dan lihat sama ada saya perlu membalasnya atau tidak, tetapi bagi saya pemain yang lebih penting di dalam padang.
“Paling penting ialah pemain percaya kepada pengurus. Jika tidak, mereka akan fikir pengurus tunduk kepada tekanan.” – Agensi

No comments:

Post a Comment

nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...