nuffnang

c

3D Letter B

Followers

Sunday 18 September 2011

China bina lapangan terbang terbesar di dunia

LONDON - Lapangan terbang Heathrow di London, Britain mungkin disenaraikan sebagai lapangan terbang paling sibuk di dunia sejak 11 tahun lalu, tetapi ia akan berubah selepas Lapangan Terbang Daxing di Beijing, China dibuka kepada umum.

Lapangan Terbang Daxing kini dalam pembinaan dan dijangka siap pada 2015 dan akan dilengkapi dengan sembilan landasan di kawasan seluas 54 kilometer persegi.

Terminal terbesar itu dijangka menerima penumpang seramai 120 juta hingga 200 juta setahun, iaitu dua atau tiga kali ganda daripada jumlah penumpang tahunan di Heathrow.

Kesesakan laluan udara di China terus meningkat pada 2010, mencecah 268 juta penumpang setahun, iaitu pertambahan 16.1 peratus berbanding 2009.

China merancang untuk menambah lagi jumlah lapangan terbang daripada 175 kepada 230 dalam tempoh lima tahun akan datang dan membeli sekurang-kurangnya 4,300 pesawat baru menjelang 20 tahun akan datang.

No comments:

Post a Comment

nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...