nuffnang

c

3D Letter B

Followers

Monday 19 September 2011

Fox tidak benci filem Transformers


MEGAN FOX


NEW YORK, Amerika Syarikat (AS) - Aktres Megan Fox sebelum ini dipinggirkan dalam filem sains fiksyen robot Transformers tetapi dia rela menonton filem terbaru Transformers, Dark of The Moon kerana kasih sayangnya kepada pelakon utama filem berkenaan, Shia LeBeouf dan kru-krunya.
Pengarah Michael Bay menyingkirkan aktres berusia 25 tahun itu daripada barisan pelakon Transformers itu sebelum penggambaran filem tersebut bermula.
Namun, Fox menyatakan dia tidak berdendam kerana kejadian tersebut.
Menurutnya, dia akan meluangkan masa untuk menonton filem berkenaan kerana sayangnya kepada pelakon utama filem tersebut Shia LeBeouf.
Fox pernah bergandingan bersama LeBeouf dalam dua filem Transformers sebelum ini.
"Saya tiada masalah untuk menonton filem itu. Saya menyayangi LeBeouf sehingga mati. Saya menyayanginya tanpa syarat," kata Fox.
Menurutnya, dia akan menunggu filem berkenaan berada di pasaran dalam bentuk cakera video digital (DVD) kerana menonton filem itu di pawagam mungkin akan menyebabkan dia disindir oleh peminat-peminat Transformers.
"Peminat mungkin menyatakan saya cuba membalas dendam dengan cuba memesongkan perhatian penonton dengan berada di panggung wayang ketika filem itu ditayangkan," katanya. - Agensi

No comments:

Post a Comment

nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...