nuffnang

c

3D Letter B

Followers

Monday 19 September 2011

Berlusconi megah tiduri lapan wanita satu malam

ROME: Perdana Menteri Itali, Silvio Berlusconi, berbangga meniduri lapan wanita dalam satu malam.
Berlusconi, 74, membuat dakwaan itu dalam perbualan telefon dengan seorang ahli perniagaan Giampaolo Tarantini, yang merekrut teman sosial menghadiri parti liar pemimpin itu.

“Malam semalam terdapat barisan panjang di luar pintu.
“Ada 11 orang dan saya tidur dengan lapan wanita kerana tidak mampu pergi lebih jauh. Anda tidak boleh tidur dengan semuanya sekali,” katanya.

Panggilan itu dibuat pada tahun baru 2009.

“Saya rasa sihat pagi ini...perkara yang anda perlu lakukan pada malam tahun baru. “Orang Itali berkata, jika anda melakukan seks pada malam tahun baru, anda melakukannya sepanjang tahun,” katanya.

Pendedahan itu dibuat hasil daripada 100,000 intipan perbualan telefon dalam siasatan mengenai lapan orang yang dituduh membekalkan teman sosial dalam parti Berlusconi. Teman sosial, Maria Teresa De Nicolo, 38, mendakwa dia tidur dengan Berlusconi bersama dua lagi wanita.

“Sebelum saya menghadiri partinya, saya diberi 1,000 euro (RM4,200) dan diberitahu, ‘Jika Berlusconi mahukan anda, tinggallah di situ...jangan bimbang, dia akan beri anda wang’,” katanya. Dalam rakaman itu, Perdana Menteri Itali yang berketinggian 1.65 meter itu juga berkata kepada Tarantini supaya tidak membawa wanita tinggi kerana kita bukannya tinggi’. Pada satu ketika, dia mendedahkan ada 40 wanita tinggal di kediamannya kerana tidak mahu pulang. Pada waktu lain pula, dia bertanya siapa yang akan dibawa ahli perniagaan itu kelak. - DM

No comments:

Post a Comment

nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...