nuffnang

c

3D Letter B

Followers

Monday 19 September 2011

Penyu nyaris lemas

TAMPIL selaku juara Piala FA musim ini belum cukup buat Terengganu merobek gawang Sime Darby FC, malah naib juara Liga Super itu hampir lemas di laman sendiri diasak pemain lawan sebelum berjaya mengutip tiga mata selepas menang tipis 1-0, malam kelmarin.
Aksi hambar dipamerkan anak buah Irfan Bakti Abu Salim bukan saja menyaksikan penonton tidak berpuas hati, malah beliau turut berang dengan aksi tidak konsisten pemain.

“Biarpun berjaya mengutip mata penuh selepas tewas di tangan Negeri Sembilan, aksi hambar pemain membiarkan lawan menguasai bola hampir menyebabkan kita berputih mata.
“Sikap pemain mengambil mudah keupayaan lawan yang pernah ditumbangkan 3-0 dalam aksi pusingan pertama antara penyebab pemain tidak mampu menambah jaringan sehingga tamat 90 minit.

“Ketumpulan jentera serangan juga gagal memanfaatkan beberapa peluang terhidang hampir membawa padah buat Terengganu, namun kekentalan benteng pertahanan menafikan hajat lawan,” katanya.

Pada aksi yang berlangsung di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, kekentalan penjaga gol kedua Sime Darby, Hafiz Shamsuddin juga menjadi penghalang hasrat tuan rumah menambah jaringan melalui rangkaian penyerang diketuai Abdul Manaf Mamat.

Bagaimanapun, pada minit ke-33, pintu gol lawan akhirnya bocor melalui rembatan leret Ashaari Samsuddin untuk gol tunggal perlawanan yang disaksikan kira-kira 5,000 penonton.

Sementara itu, pengendali Sime Darby, Ismail Zakaria memuji semangat melawan dipamerkan anak buahnya biarpun peluang untuk melayakkan diri ke saingan suku akhir hampir tertutup.
“Saya bangga dengan corak permainan anak buah malam ini dan beraksi baik dengan beberapa percubaan berbahaya ke pintu gol lawan, namun faktor pengalaman jadi pemisah,” katanya.

No comments:

Post a Comment

nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...