nuffnang

c

3D Letter B

Followers

Monday 19 September 2011

Suu Kyi tiada masa untuk FB, Twitter

YANGON: Ikon demokrasi Aung San Suu Kyi yang telah menjadi tawanan dalam rumahnya sendiri tanpa talian telefon dan internet berkata, sejak dibebaskan, dia tidak ada masa untuk menggunakan Facebook dan Twitter.
Kata pemenang Nobel Keamanan itu, penggunaan Twitter dan FB akan mengambil banyak masanya.

“Saya akui, masa saya banyak dihabiskan untuk menyiapkan semua kerja yang tertangguh sejak tujuh tahun lalu,” katanya dalam satu temubual di pejabat partinya di Yangon.

Ketika dibebaskan November lalu, Suu Kyi menyatakan hasratnya untuk menggunakan laman media sosial. Bagaimanapun, untuk masa ini, dia terpaksa bergantung kepada laman sesawang yang dibina oleh penyokongnya di luar negara.


Talian internet di Myanmar sangat lembab dan beberapa pembangkang telah ditahan kerana menggunakan internet untuk mengkritik pemerintah.

Penunjuk perasaan anti kerajaan menggunakan jaringan laman sosial ketika revolusi pro demokrasi di Tunisia dan Mesir

Ketika kebangkitan sami di Myanmar pada 2007, rakyat menggunakan laman sesawang untuk memuat naik berita dan gambar kepada dunia luar dan menyebabkan rejim pemerintah menyekat talian internet.

Suu Kyi berkata, pemberontakan cara Arab bukanlah penyelesaian kepada masalah di Myanmar. Sebaliknya, dia menerima baik tanda peralihan politik dibawah pemerintahan yang baru.

Partinya memenangi pilihanraya 1990, tetapi tidak dibenarkan memerintah. Mereka telah memboikot pilihanraya yang diadakan tahun lepas, pertama kali dalam dua dekad.
Hasilnya partinya telah dikeluarkan daripada senarai parti politik oleh rejim pemerintah. - AFP

No comments:

Post a Comment

nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...