nuffnang

c

3D Letter B

Followers

Monday 19 September 2011

Pemandu ditemui mati dipercayai tersepit

KANGAR – Seorang pemandu lori ditemui mati dipercayai akibat tersepit pada pintu kenderaan berat itu di sebuah tempat simpanan lori di Jalan Datuk Kayaman dekat sini hari ini.
Azizan Ramli, 44, ditemui tersepit pada bahagian pintu lori itu oleh isterinya, Izyatun Mayuzia Che Saad, 30, kira-kira 8.30 pagi di tempat simpanan lori itu setelah mendapati suaminya tidak pulang selepas keluar mencuci kenderaan berkenaan.
Izyatun Mayuzia ketika ditemui pemberita di sini berkata, beliau tidak menolak kemungkinan lori itu bergerak ke hadapan ketika suaminya berada dalam kenderaan tersebut.
Pintu lori yang terbuka itu dikatakan terkena dinding sebuah bangunan di situ ketika lori itu bergerak lalu menghimpit suaminya yang tidak sempat keluar daripada kenderaan berkenaan.
Izyatun Mayuzia berkata, suaminya meninggalkan rumah 5.30 pagi untuk mencuci lorinya sebelum keluar bekerja dan kejadian dipercayai berlaku pada awal pagi.
Allahyarham meninggalkan empat orang anak berumur antara tiga dan tujuh tahun.
Sementara itu Ketua Polis Daerah Padang Besar, Supt Che Man Md Dros yang ditemui di sini mengesahkan kejadian itu dan siasatan masih dijalankan. – Bernama

No comments:

Post a Comment

nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...