nuffnang

c

3D Letter B

Followers

Monday 19 September 2011

Kirstie makin yakin di usia emas

PENUH KEYAKINAN...bintang siri komedi Cheers yang popular pada era 1980-an memperagakan pakaian rekaan Zang Toi.
PENUH KEYAKINAN...bintang siri komedi Cheers yang popular pada era 1980-an memperagakan pakaian rekaan Zang Toi.
SELEPAS beberapa lama, akhirnya Kirstie Alley dilihat melangkah de�ngan penuh yakin ketika menghadiri Minggu Fesyen New York, minggu lalu.
Bagi pemerhati, ia bukan sesuatu yang mengejutkan.
   
  • Foto TRANSFORMASI...Kirstie mempamerkan tubuhnya yang lebih menawan (kiri) ketika menyertai Minggu Fesyen New York berbanding dirinya pada 2009.


    • Foto KENALAN LAMA...Kirstie bersama Zang Toi di be
      lakang pentas selepas selesai pertunjukan.
    Melihat kepada susuk tubuh terkini Kirstie, ternyata bintang siri komedi Cheers dan peserta program Dancing With The Stars itu berhak untuk gembira dan bangga.

    Berjuang untuk menurunkan berat badan sejak sekian lama, ternyata Kirstie memenangi ‘perang’ itu.


    Kata Kirstie, dia berjaya membuang lebih 45 kilogram berat badannya.

    “Rasanya saya seperti mendapat semula seluruh keyakinan diri.

    “Secara jujur, sebelum ini saya tak sedar bagaimana diri saya sebenarnya,” katanya ketika kepada wartawan Entertainment Tonight.

    Pernah mengalami beberapa kali masalah pemakanan, Kirstie berkata, dia sangat teruja dengan saiz badannya kini.

    Dalam keadaan begitu, Kirstie berkata, dia bertekad enggan mendapatkan bantuan pakar pembedahan plastik bagi mengekalkan kejelitaannya.

    “Saya tak pernah menjalani pembedahan plastik kerana seseorang yang melakukannya mahu kelihatan lebih muda,” katanya.

    Menurut Kirstie, dia tidak yakin pembedahan seumpama itu mampu menjadikan seseorang lebih muda.

    “Sebaliknya ia hanya membuat anda kelihatan lebih aneh,” katanya.

    Kini mempraktikkan disiplin pemakanan sendiri, Kirstie pernah dianggarkan memiliki berat badan sehingga 104 kilogram.

    Ketika muncul di Minggu Fesyen New York baru-baru ini, kehadiran Kirstie berjaya membayangi ramai selebriti dan model lain.

    Dia memilik pakaian rekaan pereka fesyen Malaysia, Zang Toi.

    Walaupun berusia 60 tahun, Kirstie mencuri perhatian ramai apabila penampilannya yang lebih kurus di The Studio, Lincoln Centre itu benar-benar menonjol.

    Mengenakan gaun biru yang dipadankan dengan kot, aktres terbabit mengundang sorakan hebat daripada penonton ketika berjalan memperagakan pakaian berkenaan.

    Di sebalik rekaan itu, ramai bersetuju Kirstie kelihatan 20 tahun lebih muda daripada usia sebenarnya.

    Dia juga muncul untuk menggayakan satu lagi pakaian hitam rekaan Zang Toi.
    Sebelum pertunjukan itu, Kirstie menulis laman Twitter: “Waaaa Hooooo!!! Kitty
    kini bersedia untuk catwalk!!! Ayuh kita berseronok
    @ZANGTOI!!!”
    Secara berseloroh, Kirstie juga berkata, dia berharap orang ramai yang hadir di pertunjukan fesyen itu tidak membuat dia ketawa ketika memperaga pakaian.
    “Jangan merenung mata! Jika tidak, saya akan mula terketawa dan tersalah langkah!” katanya.

    Selepas pertunjukan berakhir, Kirstie menulis lagi: “Terima kasih kerana membenarkan saya berkongsi pentas Zangtoi dengan anda semua. Anda memang hebat!”
    Kata Kirstie, dia mengenai Zang Toi sejak 1993.

    Disebabkan terlalu teruja dengan pengalaman di pertunjukan fesyen itu, Kirstie kelihatan meninggalkan Lincoln Centre dengan mengenakan satu daripada pakaian diperaganya sebelum itu.

    Dia kemudian berjalan dengan penuh keriangan dan bergurau-senda di samping seorang lelaki misteri - dipercayai teman lelakinya.

    Sementara itu, aktres dan hos televisyen, Ricki Lake, menjadi antara selebriti yang berkongsi keriangan dengan Kirstie.

    “Anda kelihatan sangat hebat dan sesungguhnya menjadi inspirasi saya!” katanya melalui Twitter.

    Sebelum itu, Ricki berkata, dia bersetuju mengambil bahagian dalam program Dancing With The Stars selepas menyaksikan kemunculan Kirstie dalam musim terdahulu.

    No comments:

    Post a Comment

    nuffnang

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...