nuffnang

c

3D Letter B

Followers

Sunday 18 September 2011

Thaksin, Hun Sen adakan perbincangan

PHNOM PENH: Bekas Pemimpin Thailand, Thaksin Shinawatra bertemu dengan rakan sejawatnya di Kemboja buat kali pertama sejak adiknya mengambil alih kuasa, kata pegawai kerajaan, semalam.
Thaksin yang digulingkan pada 2006 dan tinggal di luar negara bagi mengelak dikenakan hukuman penjara tiba awal pagi, semalam sejurus selepas adiknya, Yingluck Shinawatra menamatkan lawatan rasmi pertamanya ke Kemboja.

Thaksin sambil tersenyum memeluk pemimpin Kemboja, Hun Sen dan berkata, beliau gembira dapat bertemu pemimpin Kemboja itu sebelum mereka mengadakan perbincangan tertutup di bangunan kerajaan di ibu negara Kemboja. “Seperti yang saya sedia maklum, mereka tidak berbincang tentang politik,” kata jurucakap Hun Sen, Eang Sophalleth. Thaksin yang mempunyai hubungan rapat dengan Hun Sen disifatkan sebagai ‘teman sejati’ oleh pemimpin Kemboja itu. - AFP

No comments:

Post a Comment

nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...