nuffnang

c

3D Letter B

Followers

Monday 19 September 2011

Netanyahu ramal Palestin gagal jadi anggota PBB

BAITULMAQDIS: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, semalam meramalkan permohonan Palestin untuk menjadi anggota penuh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan mengalami kegagalan kerana ia memintas rundingan dengan negara Yahudi itu.
Netanyahu berkata, beliau berurusan rapat dengan Washington bagi memastikan permohonan keanggotaan itu mengalami kegagalan di Majlis Keselamatan badan dunia berkenaan.

Netanyahu menyalahkan Palestin kerana menangguhkan rundingan dan meragui komitmennya untuk perjanjian damai serta enggan kembali ke meja perundingan tanpa Israel perlu membekukan pembinaan penempatan. “Kebenarannya, Israel mahukan perdamaian tetapi Palestin pula tidak bersetuju dengan rundingan damai,” katanya.
“Mereka perlu memahami walaupun cuba melangkaui rundingan dengan membuat permohonan kepada PBB, kedamaian hanya akan tercapai melalui rundingan secara langsung.

“Percubaan mereka untuk diterima sebagai anggota penuh PBB akan menemui kegagalan,” katanya.

Sementara itu, Presiden Palestin, Mahmoud Abbas, berkata beliau akan menyerahkan bidaannya untuk anggota penuh kepada ketua PBB, Ban Ki-moon ketika perhimpunan agung badan itu di New York, Jumaat ini. Netanyahu berkata, terdapat kerjasama erat dengan AS bagi memastikan bidaan Palestin itu dipatahkan di Majlis Keselamatan PBB, badan paling berkuasa untuk meluluskan permohonan keanggotaan.

AS mengancam untuk mengenakan veto jika Palestin memperoleh sokongan dua pertiga majoriti di Majlis Keselamatan PBB.

Sementara itu, Menteri Luar Norway, Jonas Gahr Stoere, berkata negara itu akan menyokong rayuan wakil Palestin untuk mendapat keanggotaan penuh di PBB. “Warga Palestin berhak untuk pergi PBB dan Norway bersedia mengiktiraf negara itu,” katanya. - AP

No comments:

Post a Comment

nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...