nuffnang

c

3D Letter B

Followers

Sunday 18 September 2011

Kutip 20 kotak pakaian terpakai

GONG TENGKU BAKTI – Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Gong Tengku Bakti berjaya mengumpul lebih 20 kotak pakaian terpakai untuk diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Pengerusi KRT, Abdullah @ Ahmad Embong berkata, kutipan pakaian terpakai mula dilakukan awal Mac lalu dan berakhir penghujung April.

“Sambutan daripada penduduk kampung ini dan orang awam lain sangat memberangsangkan dan ia patut dipuji kerana untuk melakukan derma, tidak semestinya berupa wang ringgit.

“Orang ramai yang tidak mempunyai kewangan yang banyak, dapat melakukan amal ibadah dengan cara begini melalui sumbangan pakaian terpakai kepada mereka yang memerlukan,” katanya pada Program Penyerahan Pakaian Terpakai kepada JKM yang diadakan di pekarangan rumah pengerusi KRT.

Menurutnya, walaupun kutipan derma pakaian terpakai itu pertama kali diadakan di kawasannya, ia mendapat maklum balas sangat positif sehinggakan menarik minat orang dari kampung luar untuk turut menderma.

“Baguslah kalau boleh buat amal macam ini, daripada buang begitu sahaja, lebih baik bagi kepada mereka yang memerlukan kerana kebanyakan pakaian yang didermakan masih boleh dipakai atau digunakan,” katanya.

Abdullah berkata, sebelum menyerahkan kesemua sumbangan pakaian terpakai itu kepada pihak JKM, warga KRT memantau terlebih dahulu pakaian terbabit untuk memastikan ia benar-benar dapat digunakan.

“Tiada guna kalau bagi kepada budak-budak, ia tidak dapat digunakan, sebab itu, kami mengambil inisiatif memeriksa semua pakaian terpakai ini terlebih dahulu sebelum menyerahkannya,” katanya.

Beliau berkata, melihat sambutan menggalakkan itu, warga KRT akan melakukan kutipan untuk tahun berikutnya supaya lebih ramai lagi dapat menderma.

No comments:

Post a Comment

nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...