nuffnang

c

3D Letter B

Followers

Sunday 18 September 2011

Peserta insaf hargai kemewahan negara

SHAH ALAM: “Biarpun menangis sehingga penuh lautan luas, ia tidak akan dapat membasuh dosa dan kesalahan saya terhadap ibu bapa,” luah peserta Kem Remaja Addin Harian Metro Siri 4, Akmal Abdul Rauf.
Akmal, 16, antara 170 remaja mengikuti program tiga hari dua malam itu di Management & Science University (MSU), di sini, yang bermula kelmarin.

Menurut Akmal, mulanya dia tidak mahu mengikuti Kem Remaja Addin kerana baginya, ia program yang membuang masa.
“Namun selepas mengikutinya selama dua hari sejak semalam (kelmarin), anggapan saya ternyata meleset. Malah, program ini sebenarnya memberi keinsafan.

“Saya merasa tenang bersama rakan baru yang sangat baik. Pihak pengurusan program juga sungguh mesra mendidik saya.

“Saya berharap apabila pulang, saya akan berubah menjadi insan baik seperti diingini ibu bapa saya,” katanya ketika ditemui, semalam.

Pengisian berkonsepkan rohani tetapi santai berjaya memikat hati peserta untuk mengenang kembali kelalaian dan memperbetulkan sifat ke arah lebih positif.

Perunding Human Touch Consultant, Datuk Zawawi Yusof yang memberikan ceramah, mengingatkan golongan remaja supaya tidak alpa dengan kesenangan serta kemewahan negara.
“Golongan muda hari ini dihidangkan dengan kemewahan, membuatkan mereka lupa untuk berjuang memperbaiki diri,” katanya.

Zawawi turut menegur ibu bapa supaya mendidik anak mengikut peredaran zaman anak mereka, namun disesuaikan dengan syariat berbanding cara didikan terdahulu.

“Ibu bapa jangan terlalu terikat dengan bentuk didikan ketika mereka membesar dulu, sebaliknya ketika ini lebih baik menjadi pemerhati dan pendidik yang bagus buat anak dengan berlandaskan syariat,” katanya.

Beliau berkata, kem motivasi seperti ini sekadar menyampaikan cara kepada remaja untuk berubah dan formula menguruskan kehidupan mereka.

“Tugas selebihnya diserahkan kepada ibu bapa untuk menelaah buku bersesuaian supaya anak mereka mampu menjadi insan cemerlang,” katanya.

Selain program berkonsepkan rohani, Kem Remaja Addin turut menyediakan program aktiviti lasak seperti ‘flying fox’ dan ‘treasure hunt’.

No comments:

Post a Comment

nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...