nuffnang

c

3D Letter B

Followers

Monday 19 September 2011

Pembalut bersinar dicipta


SHEFFIELD - Pembalut luka yang boleh bersinar di dalam gelap dan membantu doktor mengesan jangkitan pada luka mungkin akan digunakan secara meluas dalam tempoh dua tahun lagi.

Saintis Britain mencipta jel istimewa untuk digunakan bersama pembalut luka itu, iaitu jel yang mengandungi molekul yang boleh bergabung dengan bakteria.

Penggabungan ini akan mengaktifkan pewarna pendarfluor dan mengeluarkan sinaran merah jambu apabila dilihat di bawah lampu ultra ungu jika tahap bakteria berbahaya dikesan pada luka.

Ujian menggunakan jel itu ke atas kulit manusia dihasilkan di makmal turut membuktikan ia mampu menyingkirkan bakteria berjangkit.

Pembalut dengan teknologi baru itu mampu membantu doktor dan pegawai perubatan terutama dalam tentera untuk mengesan jangkitan pada luka dan memberi rawatan bersesuaian dengan lebih cepat.

No comments:

Post a Comment

nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...