nuffnang

c

3D Letter B

Followers

Monday 19 September 2011

Bazaria Pantai sepi peniaga

BANGSAR: Peniaga di Bazaria Pantai, di sini, meminta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menggesa pemilik kedai yang sudah mendapat kunci masing-masing berpindah ke tapak baru dan memulakan perniagaan seperti biasa secepat mungkin.
Ini kerana sejak kunci diberi kepada pemilik, hanya segelintir peniaga yang berpindah, selebihnya masih beroperasi di tempat lama dan menyebabkan pusat penjaja itu tidak mendapat sambutan. Tinjauan Harian Metro ke Bazaria baru-baru ini, mendapati kira-kira 20 lot kedai daripada 81 sudah didiami dan beroperasi seperti biasa. Difahamkan, mereka enggan berpindah ke tapak baru kerana belum mendapat arahan daripada DBKL.

Peniaga, Amat, 42, berkata keengganan peniaga lain berpindah menyebabkan Bazaria sunyi daripada kunjungan orang ramai dan ada antaranya menyangkakan pusat penjaja itu belum beroperasi.
“Ketika memohon lot kedai dulu, peniaga bergaduh kerana ingin berpindah ke kawasan lebih selesa, tetapi apabila sudah dapat, mereka tidak menggunakannya. Pelanggan akan lari dan ruang kecil bukan alasan untuk tidak berpindah kerana kawasan ini selesa berbanding berniaga di rizab jalan. “Kemudahan sudah diberikan DBKL dan kami berharap pemilik lain segera menghuni lot kedai masing-masing untuk menghidupkan suasana di sini,” katanya.

Katanya, sejak dua minggu beroperasi di situ, sambutan daripada pelanggan sangat hambar, tapak letak kenderaan dipenuhi penduduk flat berhampiran, bukan pengunjung yang datang menjamu selera.

Peniaga, Hashimah Ali, 40, berkata kurangnya publisiti menyebabkan penduduk yang tinggal berhampiran tidak tahu bazar itu sudah beroperasi, ditambah dengan besi penghadang pembinaan yang belum dibuka menghalang pandangan orang ramai melalui kawasan itu.

“Pusat penjaja ini lengkap dengan kemudahan awam yang baik dan memberi keselesaan kepada pengunjung serta peniaga. Diharapkan peniaga lain bekerjasama dengan berpindah ke tempat baru secepat mungkin dan jangan biarkan lot perniagaan ini kosong,” katanya.

No comments:

Post a Comment

nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...