nuffnang

c

3D Letter B

Followers

Sunday 18 September 2011

Victoria pakai fesyen rekaan sendiri

NEW YORK: Selebriti Victoria Beckham melancarkan koleksi baru pakaiannya dalam Minggu Fesyen New York, awal minggu lalu.
Namun, dia tahu tiada cara pengiklanan yang lebih baik daripada memakai pakaian daripada jenama rekaannya sendiri.

Pereka fesyen berusia 37 tahun itu memakai satu daripada fesyen rekaannya untuk hari kedua berturut-turut ketika membawa anak perempuannya, Harper membeli-belah di Barney di bandar raya New York, semalam.
Victoria mengenakan gaun coklat cair dengan motif kucing, gaun versi merah yang digayakan ketika pertunjukan catwalk Victoria by Victoria dalam Minggu Fesyen New York Isnin lalu. Ibu empat anak itu baru-baru ini berkata, dia sangat seronok kerana tidak perlu memakai pakaian wanita hamil lagi.

“Saya rasa seronok kerana dapat menggayakan semula pelbagai fesyen pakaian,” katanya.

Dia juga menjelaskan bagaimana dia membahagikan masa menjaga Harper yang berusia dua bulan dan mengurus perniagaan fesyen pakaiannya. “Saya perlu merancang kaedah bekerja yang strategik. Bagaimanapun, Harper juga banyakmembantu kerana dia seorang bayi yang tidak banyak ragam,” katanya. - DM

No comments:

Post a Comment

nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...