nuffnang

c

3D Letter B

Followers

Sunday 18 September 2011

Anugerah suntik semangat jadi pelajar cemerlang

BATU BUROK – Penganugerahan pelajar cemerlang memberi suntikan semangat baru kepada pelajar lain yang bakal menduduki peperiksaan awam.

Pengerusi JKKK, Awang Abdullah berkata, dengan adanya pengiktirafan itu, ia menjadi contoh kepada pelajar lain untuk melakukan yang terbaik dalam peperiksaan masing-masing.

“Pada majlis penyerahan hamper kepada pelajar cemerlang ini, sedikit sebanyak dapat mengeratkan hubungan dengan ibu bapa mereka.

“Melalui majlis begini, kita perlu mengambil peluang untuk mendampingi ibu bapa pelajar supaya turut sama menyertai program pada peringkat kampung pada masa akan datang,” katanya kepada Sinar Harian di Seri Indah Resort, Batu Burok, Kuala Terengganu.

Menurutnya, selain membangkitkan semangat pelajar untuk mengecap kejayaan dalam pelajaran, ibu bapa juga berpeluang mengenali pimpinan tertinggi di kampung mereka terutama kepada mereka yang baru sahaja menetap di kampung itu.

“Menerusi program begini, mereka dapat mengambil peluang itu dan mengenali dengan lebih dekat lagi penduduk lain di kampung ini,” katanya.

Beliau berkata, hubungan silaturahim terutama sesama Islam perlu diberi keutamaan dalam usaha menyatupadukan penduduk setempat.

No comments:

Post a Comment

nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...