nuffnang

c

3D Letter B

Followers

Friday 16 September 2011

5 renjer Thai terbunuh

PATTANI: Pemberontak Islam disyaki menembak mati lima anggota keselamatan separa tentera di selatan Thailand semalam, selepas mereka meletupkan sebuah trak pikap.
Penyerang terbabit didakwa menggunakan seutas wayar untuk meledakkan bom seberat 15 kilogram dipasang di bawah trak berkenaan.

Kenderaan membawa enam renjer itu melalui kawasan daerah Kapor di Pattani.
Selepas bom itu diletupkan dan trak berkenaan terbalik, pemberontak menyerbu dari dalam semak dan menembak mati renjer terbabit.

Polis berkata, lima maut dan seorang lagi mengalami kecederaan parah dalam serangan itu.

Kata jurucakap polis, pemberontak turut melarikan raifal M-16 milik anggota keselamatan terbabit.

Sejak kebangkitan kumpulan pemberontak Islam tujuh tahun lalu, lebih 4,600 terbunuh di beberapa wilayah di selatan Thailand yang majoritinya didiami penduduk Melayu Islam.

Pemberontak melancarkan perang ke atas pasukan keselamatan Thailand dalam usaha mereka mendapatkan hak pemerintahan autonomi di wilayah selatan negara itu.
Sementara itu, sebuah balai polis yang baru dibina dan belum digunakan di Narathiwat, dibom sebelum dibakar hanya dua minggu sebelum ia dibuka.

Jurucakap polis berkata, bahan letupan dipasang pada tong gas memasak sebelum diletupkan di tingkat bawah bangunan berkenaan.

Katanya, penyerang turut menyalakan api pada bangunan itu menyebabkan berlaku kerosakan pada dinding dan tangga.

“Bangunan itu masih kosong kerana belum ada sebarang perabot atau kelengkapan lain dibawa masuk menjelang pembukaannya pada 1 Oktober ini,” katanya.

Katanya, tiada sebarang kecederaan dilaporkan.

“Serangan ke atas balai polis kosong tidak pernah berlaku sebelum ini,” katanya.

- Reuters

No comments:

Post a Comment

nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...