nuffnang

c

3D Letter B

Followers

Friday, 16 September 2011

Jantina ‘tak pasti’ dalam pasport

SYDNEY: Australia memperkenalkan peraturan baru pasport semalam, membenarkan rakyatnya meletakkan jantina rasmi mereka sebagai lelaki, wanita atau tidak dapat dipastikan.
Dengan peraturan baru itu, pemegang pasport tidak perlu menjalani pembedahan sebagai bukti penukaran seks.

Negara itu sebelum ini mensyaratkan seseorang yang jantinanya berbeza daripada surat kelahiran supaya menjalani pembedahan penukaran seks sebelum boleh mengubah pasport mereka dan tidak ada pilihan untuk meletakkan ‘tidak dapat dipastikan.’ Peguam Negara, Robert McClelland berkata, pengenalan peraturan baru itu akan berkuatkuasa serta-merta. Ia membolehkan golongan pondan untuk mendapatkan surat sokongan doktor bagi mendapatkan pasport dengan mencatatkan apa yang mereka anggap jantina mereka sebenar. - AP

No comments:

Post a Comment

nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...