nuffnang

c

3D Letter B

Followers

Friday 16 September 2011

Vietnam siasat penemuan TNT dalam bagasi lelaki Laos

HANOI: Pihak berkuasa Vietnam menjalankan siasatan terhadap penemuan bahan letupan TNT dan senjata api dalam bagasi penumpang yang baru tiba dari Perancis, kata pegawai Vietnam Airlines, semalam.
Pemeriksaan pihak keselamatan terhadap penumpang pesawat berkenaan menemui 500 gram TNT, selaras raifal memburu serta peluru dalam bagasi lelaki Laos yang tiba di Hanoi dari Paris.

Pegawai kanan syarikat penerbangan itu, Pham Viet Thanh, berkata Kementerian Pengangkutan Vietnam dimaklumkan mengenai penemuan itu dan mereka akan bekerjasama dengan pihak berkuasa Lapangan Terbang Charles de Gaulle di Paris - tempat lelaki terbabit menaiki pesawat.
Sebelum itu, akhbar Tuoi Tre melaporkan, seorang lelaki Laos yang dalam perjalanan ke negaranya ditahan seketika sebelum dibenarkan meneruskan perjalanan, kelmarin. - AFP

No comments:

Post a Comment

nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...