nuffnang

c

3D Letter B

Followers

Saturday, 17 September 2011

Warga Indonesia gemar beli hartanah di Singapura

JAKARTA: Lembaga Pembangunan Semula Bandar Singapura semalam berkata, warga Indonesia menjadi kelompok ketiga terbesar melabur dalam sektor hartanah negara itu.
Data daripada agensi itu menunjukkan, 1,706 warga Indonesia memiliki hartanah di Singapura dengan lebih daripada separuh kekayaan itu bernilai kira-kira RM3 juta.

Agensi berita Antara melaporkan, satu per tiga daripada pelabur terbabit membeli hartanah berkenaan di kawasan utama Singapura.
Antara lokasi menjadi pilihan ialah daerah 9, 10 dan 11, selain Bukit Timah, pusat bisnes utama dan Pantai Timur.

Warga Indonesia mewakili satu per lima daripada pembeli hartanah asing di Singapura. - JP

No comments:

Post a Comment

nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...