nuffnang

c

3D Letter B

Followers

Saturday 17 September 2011

Polis, tentera diarah tingkatkan kawalan di selatan

BANGKOK: Timbalan Perdana Menteri (Keselamatan) Thailand, Kowit Wattana, semalam mengarahkan pasukan keselamatan meningkatkan langkah keselamatan di tiga wilayah bermasalah di selatan negara itu ketika serangan pemberontak terus meningkat.
Kata Kowit, tindakan yang lebih tegas perlu dilaksanakan dan polis serta tentera mesti mengambil langkah lebih proaktif.

“Anggota keselamatan di Yala, Pattani dan Narathiwat mesti sentiasa berhati-hati kerana penjenayah mungkin menyerang pada bila-bila masa,” katanya.
Ditanya mengenai tuntutan penduduk setempat supaya perisytiharan darurat ditarik balik, Kowit berkata, kerajaan akan menilai keadaan di situ terlebih dulu.

“Undang-undang keselamatan khas perlu untuk pihak berkuasa mengekalkan keamanan di wilayah itu,” katanya.

Arahan meningkatkan kawalan keselamatan itu dikeluarkan selepas lima renjer terbunuh dalam serang hendap di Pattani, kelmarin.

Sebuah balai polis baru yang belum dibuka turut terjejas apabila dibom serta dibakar di Narathiwat.

Sementara itu, keganasan terus berlaku semalam.
Seorang lelaki terbunuh dalam serangan di sebuah kedai minum, manakala tiga tentera cedera dalam letupan bom di Ban Lapae, Narathiwat.

Saksi berkata, sekumpulan lelaki menaiki tiga motosikal melepaskan tembakan ke arah tujuh pelanggan yang ada kedai minum berkenaan menggunakan raifal automatik M-16.

Dalam kejadian berasingan, seorang petugas agensi kerajaan turut maut ditembak di Yala. - BP

No comments:

Post a Comment

nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...