nuffnang

c

3D Letter B

Followers

Thursday, 15 September 2011

Penyu tekad bangkit

“BIARPUN tewas 0-1 di tangan Negeri Sembilan kelmarin, Terengganu belum ‘hilang bisa’ dan berjanji akan bangkit dalam perlawanan seterusnya untuk memburu tempat ke suku akhir.
“Selain itu, kekalahan itu bakal menjadi pengajaran berguna kepada saya dan rakan sepasukan untuk memburu kemenangan,” kata kapten, Marzuki Yusof.

Katanya, walaupun tewas, dia tetap yakin juara Piala FA musim ini mampu layak ke suku akhir walaupun peluang kepada dua lagi pasukan, Selangor PKNS dan Sime Darby FC masih terbuka.
“Saingan Kumpulan B masih terbuka biarpun Negeri Sembilan sudah hampir pasti ke suku akhir namun saya percaya Terengganu mampu mengisi satu lagi slot,” katanya.

Mengulas perlawanan kelmarin, Marzuki mengaku pemain gagal mempamerkan aksi sebenar hingga gagal membawa pulang sebarang mata. Malah ketiadaan pemain tengah dan pertahanan, Joseph Kalang Tie dan Helmi Remeli yang cedera menjejaskan rentak Terengganu.

“Semua pemain sudah mempamerkan aksi terbaik untuk memburu jaringan namun nasib tidak menyebelahi kami,” katanya.

No comments:

Post a Comment

nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...