nuffnang

c

3D Letter B

Followers

Friday 16 September 2011

Mimpi nenek petanda ajal

KOTA BHARU: “Ibu beritahu dia bermimpi patah gigi. Tak sangka rupa-rupanya itu petanda anak saya akan pergi buat selama-lamanya,” kata Latifah Mohd Nor, 47, ibu Mohd Amirul Faiz Zamri, 19, yang maut dalam kemalangan, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 11.45 malam di Kampung Badak Mati, dekat sini, Mohd Amirul Faiz, meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala selepas motosikal ditunggangnya gagal dikawal dan merempuh tiang elektrik.

Jenazah Mohd Amirul Faiz selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Pasir Tumboh, selepas solat Zuhur, semalam.
Menurut Latifah, ibunya, Mek Limah Isa, 67, bermimpi patah gigi dua hari lalu dan memaklumkan mimpi itu semalam sebaik mengetahui cucunya meninggal dunia akibat kemalangan.

“Ibu memberitahu mimpinya itu, bagaimanapun, kami sekeluarga reda.

“Saya mengetahui anak saya terbabit kemalangan sebaik dimaklumkan penduduk kampung dan bergegas bersama keluarga ke tempat kejadian kira-kira dua kilometer dari rumah di Pondok Pasir Tumboh. Ketika itu, anak saya sudah meninggal dunia,” katanya ketika ditemui di Rumah Mayat Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, dekat sini, semalam.

Latifah berkata, sebelum kejadian, anaknya memberitahu mahu keluar ke rumah bapa saudaranya di Kampung Bukit Marak, dekat sini, kira-kira jam 8.40 malam.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Superintendan Idris Abd Rafar, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kemalangan itu.
“Mangsa parah di kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian. Mayatnya dihantar ke HUSM untuk bedah siasat dan kemalangan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

No comments:

Post a Comment

nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...