nuffnang

c

3D Letter B

Followers

Saturday 17 September 2011

Lelaki maut selepas motosikal terbabas

GEORGE TOWN: Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya terbabas di Kilometer 6.9 Jambatan Pulau Pinang menghala Butterworth pagi ini.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Gan Kong Meng, berkata kejadian pada kira-kira jam 6 pagi itu menyebabkan S Sathees, 22, dari Taman Bukit Jambul, di sini, mati ditempat kejadian akibat kecederaan parah.
"Akibat kejadian dia dan motosikalnya terseret kira-kira 31 meter sehingga menyebabkan dia mengalami kecederaan parah di bahagian kepala," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Beliau berkata, mayat Sathees dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk bedah siasat dan kes sedang disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Difahamkan, lelaki itu baru pulang meraikan sambutan hari lahirnya hari ini bersama rakannya di George Town sebelum terlibat dalam kemalangan itu. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment

nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...