nuffnang

c

3D Letter B

Followers

Saturday 17 September 2011

Hannah tidak mahu terburu-buru kahwin

JAKARTA: Dalam usia 25 tahun, aktres Hannah Al Rasyid masih lagi bertahan dengan status bujang.
Katanya, hal pernikahan adalah satu perkara penting dan mesti difikir dengan matang, bukan sekadar tentang seks.

“Saya belum lagi memikirkan tentang soal pernikahan,” tegasnya.

Hannah juga mengaku dia tidak menetapkan usia untuk dia berkahwin. Katanya, kalau ada sasaran pun, ia bukan tentang pernikahan.


“Kalau bernikah, tidak perlu ada sasaran umur. Apabila sudah bertemu dengan orang yang sesuai, bernikah saja. Saya cuma mahu bertemu dengan pasangan yang serasi. Sekiranya bertemu pada umur 40 pun tidak mengapa. Yang penting saya tidak salah pilih,” katanya.

Anak kepada pasangan Aidinal Al Rasyid dan Anne Marie itu kesal dengan pasangan selebriti yang kembanyakannya berkahwin cerai. Dia berpendapat hubungan artis yang berlandaskan nafsu, tidak akan kekal lama.

“Ramai yang berkahwin kerana seks dan di kalangan artis ramai yang merendahkan hal pernikahan itu. Maksud saya, kerana mereka terburu-buru untuk berkahwin walau pada usia yang masih muda dan ini selalunya berakhir dengan perceraian,” katanya.

Anak kedua daripada tiga beradik ini melihat aspek pernikahan itu sebagai satu perkara yang suci. Oleh itu dia tidak mahu terburu-buru berkahwin kerana tekanan masyarakat ataupun persekitaran.

“Pernikahan itu adalah suci. Saya tak mahu terburu-buru atau dipaksa kahwin. Sebagai orang Islam kita harus berdoa sebelum membuat keputusan. Kalau nikah cerai berkali-kali, baik tak usah berkahwin,” katanya.

No comments:

Post a Comment

nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...