nuffnang

c

3D Letter B

Followers

Saturday 17 September 2011

Bina kemudahan baru

SEREMBAN: Selepas lebih tiga tahun, 18 peniaga Medan Selera Taman Tuanku Jaafar (TTJ), Senawang dekat sini, kini menarik nafas lega apabila Majlis Perbandaran Nilai (MPN) sudah mengambil tindakan membantu menyelesaikan masalah mereka.
Ia berikutan pihak berkuasa tempatan (PBT) itu membina gerai berbumbung dan menaik taraf lampu limpah, membina jalan pintas dan membuka laluan baru ke pintu masuk medan selera.

Ahli Majlis MPN, Mohamad Ghazali Abdul Wahid berkata, pihaknya membelanjakan lebih RM100,000 untuk menyediakan semua kemudahan di medan selera itu, sekali gus menarik perhatian dan tumpuan orang ramai untuk menjamu selera.
“Segala kemudahan itu sedang rancak dilaksanakan dan dijangka siap akhir bulan ini. Apabila siap kelak, 18 peniaga terbabit boleh berniaga sepanjang hari termasuk pada waktu malam kerana gerai berbumbung itu turut dipasang lampu.

“Malah, laluan baru yang dibuka di pintu masuk itu akan memudahkan pengunjung masuk ke kawasan medan selera ini tanpa perlu membuat pusingan U seperti sebelum ini yang mengakibatkan ramai tidak berminat untuk singgah,” katanya kepada Metroplus, di sini.

Pertengahan bulan lalu, semua peniaga terbabit meluahkan rasa kecewa kerana mendakwa nasib mereka tidak mendapat pembelaan sewajarnya.

Mereka yang sebelum ini berniaga di tempat lain diminta berpindah ke medan berkenaan sejak tiga tahun lalu dengan pelbagai janji mengenai masa depan cerah menjalankan perniagaan di tempat lebih selesa dan strategik.

Namun, masa berlalu dan peniaga mendakwa janji pihak terbabit termasuk pemimpin setempat tidak dilaksanakan menyebabkan mereka semakin tertekan, malah sebilangan rakan terpaksa gulung tikar.
Bagi peniaga, Abd Rahim Rahman, 57, dia mengucapkan terima kasih kepada MPN kerana menyediakan kemudahan itu yang lebih selesa dan boleh menarik ramai pengunjung.

“Saya gembira atas keprihatinan MPN dengan keperluan peniaga di sini dan yakin kemudahan lebih baik itu membolehkan peniaga dapat menjalankan perniagaan lebih lama,” katanya yang menjalankan perniagaan makanan untuk sarapan pagi.

Pandangan itu turut dikongsi Mohd Isa Jaafar, 54, yang gembira dengan tindakan MPN itu.

No comments:

Post a Comment

nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...