nuffnang

c

3D Letter B

Followers

Saturday 17 September 2011

Undang-undang lebih relevan kekang subversif

KUALA LUMPUR: Pemimpin parti politik yang pernah menjadi tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) mahu satu akta baru bagi menentang keganasan diwujudkan kerajaan bagi memastikan keselamatan dan keamanan negara terus terpelihara selepas akta ISA dihapuskan.

Kegagalan kuasa besar dunia seperti Amerika Syarikat menyekat keganasan harus diteladani dan satu akta baru yang bakal digubal nanti mesti lebih kontemporari atau relevan dengan kehendak dan peredaran masa bagi mengekang kegiatan subversif.
Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin, berkata hakikatnya negara masih memerlukan akta seperti ISA, namun ia mesti sesuai dengan keadaan semasa.
 
 
Penggubalan akta baru mesti mengambil kira hak asasi manusia serta perundangan berkenaan haruslah lebih kepada mengutamakan kepentingan orang ramai dan bukannya individu tertentu. - Zulkifli Noordin, Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu

“Pada saya akta ISA perlu, namun perlu dipinda mengikut kesesuaian semasa. Jika kerajaan ingin menghapuskan ISA maka satu akta baru yang lebih kontemporari perlu diadakan bagi membendung kegiatan serta perbuatan boleh mengancam keselamatan negara.

“Penggubalan akta baru mesti mengambil kira hak asasi manusia serta perundangan berkenaan haruslah lebih kepada mengutamakan kepentingan orang ramai dan bukannya individu tertentu,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Beliau yang dikenakan ISA pada 1998 berkata, kerajaan perlu sedar akan ancaman keganasan daripada pihak luar terutama kumpulan pelampau yang sentiasa mencari peluang untuk menghuru-harakan negara dan ia mungkin tidak mampu disekat jika tiada akta berkaitan.

Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Mohamad Ezam Mohd Nor yang pernah menjadi tahanan di bawah akta berkenaan menyifatkan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memansuhkan akta ISA sebagai satu tindakan berani kerajaan.
Katanya, keputusan untuk memansuhkan akta yang menjadi benteng terakhir kepada keamanan negara itu juga membuktikan kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN) berjaya melakukan perubahan selaras dengan kehendak rakyat.

“Saya gembira dengan keputusan kerajaan untuk berubah, bagi saya ini keputusan berani dan ia juga satu bukti bahawa perubahan boleh dilakukan oleh parti yang memerintah dan hari ini BN membuktikannya.

“Bagaimanapun, satu akta baru bagi memelihara keamanan negara perlu ada, tetapi ia mestilah digubal berdasarkan kepada keperluan untuk menjamin keselamatan negara serta tidak boleh lari daripada prinsip keadilan dan hak asasi manusia,” katanya.

Timbalan Pengerusi DAP, Dr Tan Seng Giaw, pula menyifatkan pengumuman Perdana Menteri mahu menghapuskan akta ISA adalah satu tindakan tepat selaras dengan kehendak dan keperluan rakyat.

No comments:

Post a Comment

nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...